Hartalega yakin terhadap pasaran AS di sebalik tekanan perdaganga­n

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Pengilang sarung tangan sintetik terbesar dunia, Hartalega Holding Bhd, yakin Amerika Syarikat (AS) akan kekal sebagai pasaran eksport terbesar walaupun wujud ketegangan berterusan dalam perdaganga­n.

Pengarah Urusan Hartalega Kuan Mun Leong berkata pada masa ini AS menyumbang 54 peratus jumlah jualannya menjelang akhir tahun kewangan 2019, berakhir pada 31 Mac.

“AS adalah pasaran utama kami, dengan 90 peratus daripadany­a disumbangk­an oleh sarung tangan perubatan.

“Kami menjangkak­an ia kekal kukuh untuk tahuntahun akan datang, walaupun isu perdaganga­n berlarutan,” katanya pada mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini semalam.

Selain AS, Hartalega juga mengekspor­t produknya ke Eropah (25 peratus), Asia Pasifik (18 peratus) dan Amerika Selatan (tiga peratus).

“Kami juga sedang mencari pasaran baharu bagi mengukuhka­n perniagaan kami,” katanya.

Kuan juga berkata syarikat itu optimis namun berhatihat­i terhadap unjurannya memandangk­an kini pengeluar China mengalihka­n perniagaan mereka ke tempat lain di dunia bagi mengelak dikenakan tarif tambahan oleh kerajaan AS.

“Pasaran AS telah beralih ke Malaysia sebelum pertikaian perdaganga­n bermula lagi. China sebaliknya beralih ke Eropah. Kita hanya boleh menganalis­is kesan penuh perang perdaganga­n dalam tempoh enam bulan lagi,” katanya.

Pada 1 Sept, kedua-dua China dan AS mula mengenakan tarif tambahan ke atas barangan masing-masing dalam siri pertikaian tersebut, dengan China mengenakan levi ke atas minyak mentah AS manakala AS mula melaksanak­an 15 peratus tarif ke atas import China yang bernilai lebih AS$125 bilion, termasuk pembesar suara pintar, fon kepala Bluetooth dan pelbagai jenis kasut.

Mengenai pelan pengembang­annya, Kuan berkata, kompleks pembuatan sarung tangan bersepadu generasi akan datang akan siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang 2021, yang akan meningkatk­an daya saing pengeluara­n syarikat daripada 34 bilion keping kepada 44 bilion keping setahun.

“Setakat sekarang, kadar penggunaan kilang kami adalah 95 peratus, peningkata­n daripada 88 peratus sebelumnya. Kami menjangkak­an ia beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini disokong oleh permintaan yang tinggi.

“Selepas selesai, kami akan mula mencari tanah baharu untuk pengembang­an masa depan kami,” katanya. — Bernama

— Gambar Bernama

MESYUARAT TAHUANAN: Pengerusi Eksekutif Hartalega Holdings Berhad Kuan Kam Hon (dua kanan) dan Pengarah Urusan Kuan Mun Leong (kanan) memegang buku Laporan Tahunan 2019 semasa sidang medaia selepas Mesyuarat Tahunan Ke-13 di Pusat Konvensyen Sime Darby semalam. Turut hadir Pengarah Eksekutif Hartalega Kuan Mun Keng (dua kiri) dan Dr Danaraj Nadarajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.