Stok minyak sawit Malaysia susut 5.31 peratus pada Ogos 2019

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Jumlah stok minyak sawit Malaysia pada Ogos 2019 turun 5.31 peratus kepada 2.25 juta tan metrik berbanding 2.38 juta tan metrik pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB dalam kenyataan berkata stok minyak sawit mentah (MSM) susut 3.55 peratus kepada 1.29 juta tan metrik daripada 1.34 juta tan metrik sementara stok minyak sawit diproses berkuranga­n 7.57 peratus kepada 961,266 juta tan metrik daripada 1.04 juta tan metrik sebelumnya.

Agensi itu juga berkata pengeluara­n MSM meningkat 4.64 peratus peratus kepada 1.82 tan juta metrik berbanding 1.74 tan metrik pada Julai.

Pengeluara­n isirung sawit naik 8.31 peratus kepada 446,625 tan metrik daripada 412,353 tan metrik.

Eksport minyak sawit meningkat 16.37 peratus kepada 1.73 juta tan metrik daripada 1.49 juta tan metrik pada Julai, manakala eksport oleokimia menokok 4.57 peratus kepada 302,011 tan metrik daripada 288,802 tan metrik.

Eksport biodiesel pada bulan dalam kajian itu merosot 40.43 peratus kepada 47,012 tan metrik daripada 78,920 tan metrik, manakala eksport dedak isirong berkuranga­n 34.06 peratus kepada 144,090 tan metrik daripada 218,501 tan metrik.

Sementara itu, eksport minyak isirung sawit merosot 0.19 peratus pada Ogos 2019 kepada 86,696 tan metrik daripada 86,865 tan metrik pada bulan sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.