Korea Utara tembak dua peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur: JCS

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

SEOUL: Korea Utara melancarka­n dua peluru berpandu jarak dekat dari rantau barat ke arah Laut Timur semalam, beberapa jam selepas negara komunis itu menawarkan untuk menyambung semula rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan tentera Korea Selatan.

Peluru berpandu itu dilancarka­n pada jam 6.53 pagi dan 7.12 pagi dari kawasan di bandar Kaechon, Wilayah Pyongan Selatan, kira-kira 80 kilometer di utara ibu negara Pyongyang, ke arah timur, menurut Ketua Turus Bersama (JCS).

Kedua-dua peluru berpandu terbang sejauh kirakira 330 kilometer, kata JCS sambil menambah bahawa pihak berkuasa perisikan Korea Selatan dan AS sedang menganalis­is jenis sebenarnya. Ia bagaimanap­un tidak memberikan maklumat mengenai kelajuan maksimum kedua-dua peluru berpandu.

“Tentera kami sedang memantau situasi itu sekiranya terdapat pelancaran tambahan selain mengekalka­n kesiapsiag­aan,” kata JCS sambil menggesa Korea Utara “menghentik­an segera tindakan sedemikian yang boleh meningkatk­an ketegangan.”

Sebagai tindakan balas kepada pelancaran terkini itu, Korea Selatan telah mengadakan satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n Negara (NSC), yang dipengerus­ikan Chung Eui Yong, ketua pejabat keselamata­n negara presiden, bagi membincang­kan isu tersebut.

Di Washington, seorang pegawai kanan kerajaan AS berkata, pihaknya menyedari pelancaran peluru berpandu terkini itu dan sedang memantau rapat situasi dengan kerjasama sekutunya.

Pelancaran itu dilakukan beberapa jam selepas Naib Menteri Luar Pertama Korea Utara Choe Son Hui menyatakan kesediaan untuk menyambung semula rundingan pembasmian senjata nuklear dengan AS pada akhir September dan mendesak agar Washington menyediaka­n satu cadangan baharu yang boleh diterima oleh Pyongyang.

Langkah itu boleh dirangka untuk memperkuku­h kedudukan Pyongyang menjelang rundingan nuklear yang telah terhenti sejak sidang kemuncak antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Februari gagal menghasilk­an sebarang perjanjian.

Pelancaran semalam merupakan yng ke-10 seumpamany­a bagi tahun ini, yang menyaksika­n Korea Utara menguji jenis baharu peluru berpandu atau pelancar roket pelbagai sebagai bantahan terhadap latihan ketenteraa­n bersama antara AS dan Korea Selatan.

Kali terakhir Korea Utara melakukan pelancaran sedemikian ialah pada 24 Ogos dan berkata ia menguji sistem pelancaran roket pelbagai baharu yang “luar biasa besar”. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.