17,000 terkandas di lapangan terbang Tokyo akibat Taufan Faxai

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

TOKYO: Seramai 17,000 orang terkandas semalaman di Lapangan Terbang Narita di Tokyo, kata seorang pegawai semalam, selepas ia menerima hentaman secara langsung daripada satu taufan sangat kuat yang menjejaska­n rangkaian pengangkut­an di seluruh ibu negara.

Taufan itu memaksa lebih 100 penerbanga­n ditangguhk­an serta jalan raya dan landasan kereta ke lapangan terbang turut terjejas dengan teruk, menyebabka­n ramai yang tidak mempunyai pilihan bagi pengangkut­an ke bandar – 70 kilometer ke barat.

Jurucakap lapangan terbang Kei Miyahara memberitah­u AFP, sejumlah 16,900 telah terperangk­ap di lapangan terbang pada waktu tengah malam.

Lapangan Terbang Narita, terletak di Chiba hingga ke timur Tokyo, berada betulbetul pada arah laluan Taufan Faxai, yang membawa angin selaju 207 kilometer sejam.

Kereta api subbandar di sepanjang kawasan metropolit­an Tokyo yang luas tidak dibuka semula sehingga jam 8 pagi waktu tempatan kelmarin ketika pihak berkuasa memeriksa bagi serpihan dan kerosakan. Ini mencetuska­n hiruk-pikuk semasa perjalanan pagi yang sangat sibuk.

Kekecohan berlaku ketika Jepun sedang bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Ragbi Sedunia pada lewat bulan ini dan dengan Olimpik Tokyo 2020 yang semakin hampir.

Pihak lapangan terbang menyatakan ia telah menghantar 2,000 botol air, 19,000 beg biskut dan 18,000 tilam kepada penumpang yang terkandas.

“Kami turut menghantar maklumat dalam bahasa Inggeris dan Jepun dalam bentuk papan tanda digital, dan membuat pengumuman dalam empat bahasa, termasuk bahasa Cina dan Korea,” kata Miyahara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.