Pengawal peribadi Presiden Sierra Leone ‘pukul’ tiga wartawan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

FREETOWN: Tiga wartawan telah “dipukul” oleh pengawal peribadi presiden dalam serangan semasa satu perlawanan bola sepak di Sierra Leone yang menyebabka­n salah seorang daripada mereka dimasukkan ke hospital, kata sebuah kesatuan kelmarin.

Dua pengulas TV wanita dan seorang lagi pemberita telah diserang ketika membuat liputan bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Sierra Leone dan Liberia pada Ahad lepas di bandar raya Freetown, kata Sports Writers Associatio­n of Sierra Leone (SWASAL) dalam satu kenyataan.

Frances Barnard dan Esther Marie Samura dari stesen TV SLBC milik negara dan wartawan bebas Alimmamy Kamara telah “dipukul dan dikasari dengan serius”, kata SWASAL.

Pihak kesatuan mendakwa dua pengawal peribadi kepada Presiden Julius Maada Bio, yang menghadiri perlawanan tersebut, adalah orang yang bertanggun­gjawab ke atas serangan itu.

“Salah seorang pengawal peribadi, dikenali dengan nama ‘Sweet’ mengugut akan menembak dan membunuh (wartawan) dengan pistolnya,” katanya.

Menteri sukan bagi negara Afrika barat ini, Ibrahim Nyelekeh berkata, pejabat presiden sedang menyiasat insiden tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.