Rakaman audio dihantar kepada forensik

Audio didakwa perbualan pembantu Exco, cuba selesai kes dengan pegawai penyiasat

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

Rakaman suara telah dihantar kepada forensik untuk dianalisa, sama ada ia suara pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Datuk Razarudin Husain

Ketua Polis Perak

PARIT: Polis akan menghantar rakaman audio didakwa perbualan pembantu seorang Exco kerajaan negeri Perak yang dikatakan cuba menyelesai­kan kes dengan pegawai penyiasat, kepada pihak forensik bagi mengenal pasti suara pihak terlibat.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata ia bagi menyiasat dengan lebih lanjut, selain mengenal pasti pemilik suara berkenaan.

“Rakaman suara telah dihantar kepada forensik untuk dianalisa, sama ada ia suara pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dua siasatan dilakukan kerana (rakaman suara) tidak menyatakan daripada mana,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Perkep Perak Tengah di sini semalam.

Katanya polis telah memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan, bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang diterima.

Pada 15 Ogos lepas, sebuah portal berita tempatan melaporkan Exco Kemudahan Awam dan Infrastruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n Perak Abdul Yunus Jamahri, menafikan mengenai dakwaan audio itu kononnya perbualan pembantuny­a, yang cuba menyelesai­kan kes dengan pihak polis dan SPRM.

Pada 13 Julai lepas, bekas pegawai exco itu, Beh Yong Kean membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh mendakwa Exco berkenaan, membocorka­n minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tujuan mendapatka­n komisen projek.

Kes itu melibatkan dua kertas siasatan dengan yang pertama adalah berkaitan laporan polis oleh bekas pegawai khas Abdul Yunus, Beh Yong Kean yang mendakwa Exco tersebut membocorka­n minit mesyuarat kerajaan

negeri dan ia disiasat di bawah Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi.

Satu lagi kertas siasatan adalah berhubung laporan polis ke atas Beh, yang dibuat oleh Abdul Yunus dan ia disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan. — Bernama

— Gambar Bernama

SERAH TUGAS: Razarudin (tengah) menyaksika­n ACP Mohamad Zainal Abdullah (kiri) menyerahka­n tongkat kuasa kepada Ketua Polis Daerah Perak Tengah yang baharu, Supt Barudin Wariso (kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.