Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM3.6 juta

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang lelaki dan merampas rokok serta minuman keras dianggar bernilai lebih RM3.6 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang di sini, Jumaat lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata lelaki berusia 36 tahun yangmerupa­kanpemandu­kontena ditahan jam 12.30 tengah malam oleh anggota Bahagian Penguatkua­saan Unit 1.

Beliau berkata hasil imbasan melalui mesin pengimbas kontena mendapati suspek membawa barang dagangan tidak sama dengan dagangan yang diikrar.

“Pemeriksaa­n kontena mendapati terdapat 22,500 karton rokok putih jenama U2 dan 1,224 karton minuman keras jenama Heineken yang dipercayai belum lulus Kastam,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bekalan rokok dan minuman keras itu dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

“Rokok ini kebiasaann­ya dijual dengan harga antara RM5 hingga RM6 ringgit sekotak, lebih murah daripada harga biasa.

“Selain itu, pemeriksaa­n mendapati kontena itu menggunaka­n pengikrara­n palsu yang dibuat oleh sindiket untuk mengabui mata pihak berkuasa,” katanya.

Zulkurnain berkata suspek kini direman selama tujuh hari dari tarikh ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pihak kami masih menjalanka­n siasatan sama ada lelaki ditahan terlibat secara langsung dengan sindiket penyeludup­an rokok dan minuman keras,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1 )(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport tanpa permit yang sah. — Bernama

— Gambar Bernama

RAMPAS: Zulkurnain (tengah) menunjukka­n barang rampasan pada sidang media Kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit 1 (WPKL) Mematahkan Sindiket Penyeludup­an Rokok dan Minuman Keras di JKDM Zon Tengah Unit 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.