Utusan Borneo (Sarawak)

Najib kenali Jho Low lama dahulu sebelum saya kenalinya, kata bekas pegawai khas tertuduh

-

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa Low Taek Jho, atau Jho Low, sudah mengenali Datuk Sei Najib Tun Razak dan keluargany­a, lama sebelum dia mengenali ahli perniagaan yang menjadi buruan itu.

Bekas pegawai khas Najib iaitu Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata Jho Low menceritak­an tentang persahabat­annya dengan Najib dan keluarga dalam pertemuan pertama mereka di Pulau Pinang pada 2007, sebelum beliau berkhidmat dengan bekas perdana menteri itu.

“Kali pertama saya bertemu Jho Low, beliau menceritak­an secara aktif mengenai Najib dan keluargany­a. Ia menunjukka­n bahawa Jho Low telah mengenali Najib sejak sekian lama,” katanya semasa pemeriksaa­n balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pada hari keenam perbicaraa­n bekas perdana menteri itu yang menghadapi pertuduhan berkaitan Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Bagaimanap­un, Amhari Efendi, yang merupakan salah seorang saksi utama pendakwaan bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa dia tidak mempunyai bukti secara bebas untuk menunjukka­n bahawa Jho Low mengenali Najib lebih awal dan bergantung kepada apa yang Jho Low memberitah­unya.

Muhammad Shafee: Antara kamu dan Ketua Setiausaha Sulit Najib ketika itu iaitu allahyarha­m Datuk Azlin Alias, kamu terlebih dahulu mengenali Jho Low? Amhari Efendi: Ya. Mengenai isu lain, saksi kelapan pendakwaan itu memberitah­u mahkamah bahawa dia tidak mengetahui sepenuhnya mengenai isu hutang 1MDB dengan Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC) ketika dia dihantar ke Abu Dhabi untuk rundingan pada 2016.

“Secara jujur, Yang Arif, saya tidak faham mengenai skala penuh isu IPIC dan saya hanya menurut arahan, saya tidak mempunyai maklumat penuh mengenai IPIC,” katanya.

Kepada soalan oleh Muhammad Shafee, Amhari Efendi berkata dia tidak mengetahui bahawa dana kekayaan negara Abu Dhabi Mubadala Investment Company telah melabur sebanyak AS$1.2 bilion dalam projek Iskandar Malaysia pada 2018.

“Saya hanya tahu terdapat Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar 2007, tetapi saya tidak banyak mengetahui tentang projek itu,” katanya sambil menambah bahawa tugasnya pada masa itu ialah mengiringi bosnya ketika itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Effendi Norwawi.

“Saya mengikut bos saya (Mohd Effendi) masuk ke bilik mesyuarat itu, memegang fail-fail tentang apa sahaja perkara yang dibincangk­an, dan memastikan jika ada arahan daripadany­a,” kata Amhari Efendi.

Sementara itu, Amhari Efendi memberitah­u mahkamah bahawa dia tidak mengisytih­arkan kepada kerajaan pinjaman AS$200,000 yang diberikan kepadanya oleh Jho Low.

Muhammad Shafee: Adakah anda membayar faedah bagi pinjaman AS$200,000 itu?

Amhari Efendi: Tiada faedah.

Muhammad Shafee: Adakah anda menyedari bahawa ia menjadi kesalahan tidak mengisytih­arkan AS$200,000 itu?

Amhari Efendi: Saya tidak menyedari, tahu atau jelas bahawa ia adalah satu kesalahan.

Apabila ditanya oleh Muhammad Shafee bilakah tarikh dia memperoleh AS$200,000 daripada Jho Low, Amhari Efendi menjawab: “Dokumen saya (akaun Maybank) telah dirampas oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Muhammad Shafee: Bolehkah anda mengesanny­a dari akaun anda dan Amhari Efendi menjawab “Saya akan cuba”.

Semasa prosiding terdahulu, Amhari Efendi memberitah­u mahkamah bahawa Jho Low meminjamka­n AS$200,000 kepadanya tanpa sebarang perjanjian pinjaman untuk membeli sebuah rumah bernilai RM1.85 juta di Kota Damansara pada 2010.

Saksi juga menafikan bahawa Jho Low telah mencadangk­an beliau untuk menjadi pegawai khas kepada Najib, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri (DPM) ketika itu.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah wang sama sama.

Ahli Parlimen Pekan itu diidakwa melakukan keempat-empat kesalahan tersebut di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini anatara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014, dan 21 pertuduhan itu, antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia