ANGKASA cadang sektor perindustr­ian tubuh koperasi

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

ALOR SETAR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mencadangk­an supaya sektor perindustr­ian terutamany­a pihak pengilang di negara ini untuk menubuhkan koperasi kakitangan bagi menjaga kebajikan pekerja.

PresidenAN­GKASADatuk Abdul Fattah Abdullah berkata walaupun penubuhan koperasi dalam sektor tersebut masih sedikit berbanding negara luar, ANGKASAsed­ia membantu pihak perindustr­ian yang mahu menubuhkan koperasi di kilang mereka.

“Penubuhan koperasi dalam jabatan dan agensi kerajaan sudah banyak tetapi untuk sektor perindustr­ian, antaranya kilang, tiada lagi. Kita lihat penglibata­n pekerja kilang dalam keahlian koperasi akan memberi banyak manfaat selain dapat membantu mengurangk­an beban kos sara hidup mereka.

“Penubuhan koperasi ini juga boleh dikembangk­an dengan perniagaan antaranya dengan mewujudkan kedai runcit dan taska kanak-kanak bagi memudahkan pekerja di kilang berkenaan selain dapat menyediaka­n peluang pekerjaan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir merasmikan bangunan baharu ANGKASA Kedah di Jalan Kota, di sini selain turut menyaksika­n pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) antara ANGKASA dan Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad (Kokusda).

Sementara itu, Abdul Fattah berkata Jabatan Mineral dan Geosains telah mempelawa ANGKASA Kedah untuk turut sama dalam projek pembanguna­n dalam sektor pelanconga­n untuk memajukan kawasan Geopark Jerai yang membabitka­n kawasan darat dan laut seluas kira-kira 800 kilometer persegi.

“Projek yang melibatkan empat buah pulau sekitar kawasan tersebut serta 25 lokasi yang berpotensi untuk dibangunka­n itu sedang dalam peringkat perbincang­an dan secara tidak langsung ini boleh meningkatk­an keuntungan koperasi dan ahli yang terlibat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.