De Bruyne inspirasi kemenangan 4-0 Belgium di Glasgow Harapan kelayakan automatik Scotland ke Euro 2020 kelihatan sudah berakhir selepas kekalahan ke-4 dari enam perlawanan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

GLASGOW, Scotland: Jurulatih Belgium, Roberto Martinez percaya Kevin De Bruyne yang cergas pastinya lebih bagus untuk kelab dan negaranya musim ini selepas pemain tengah kelab Manchester City dan Belgium itu membantu pasukannya membelasah Scotland 4-0 pada perlawanan kelayakan Euro 2020 Isnin lepas.

De Bruyne mengumpan bola kepada Romelu Lukaku, Thomas Vermaelen dan Toby Alderweire­ld untuk menjaringk­an gol pada 32 minit pertama sebelum melengkapk­an malam cemerlang beliau dengan gol terakhir perlawanan.

Belgium dan City terpaksa mengharung­i musim tanpa pemain berusia 28 tahun itu untuk hampir sepanjang musim lepas kerana kecederaan serius di bahagian lutut.

Tetapi De Bruyne sudah memulakan musim seperti seseorang yang mahu menebus kehilangan masa beliau pada musim lepas.

“Beliau sudah memulakan musim dengan lebih cergas dan anda boleh melihat kualiti luar biasa beliau. Bagi saya, beliau adalah perancang terbaik dunia,” kata

Beliau sudah memulakan musim dengan lebih cergas dan anda boleh melihat kualiti luar biasa beliau. Bagi saya, beliau adalah perancang terbaik dunia.

Roberto Martinez

Jurulatih Belgium

Martinez.

“Pemain perancang biasa berhenti untuk bergerak untuk melakukan umpanan, beliau boleh melakukan umpanan ketika bergerak. Anda melihat beliau cergas, penuh tanggungja­wab dan juga memainkan peranan penting dalam padang.”

De Bruyne pastinya akan menjadi pemain penting untuk Belgium jika mereka mahu mencapai potensi besar dengan memenangi kejohanan Eropah tahun hadapan. Kemenangan Isnin lepas mengekalka­n rekod bersih kemenangan dalam Kumpulan I dari enam perlawanan.

Berbeza dengan Scotland, jurulatihn­ya, Steve Clarke, mengakui harapan untuk kelayakan automatik kelihatan sudah berakhir selepas kekalahan keempat dari enam perlawanan, menyebabka­n mereka berada di tangga kelima kumpulan, di belakang Cyprus dan Kazakhstan.

Scotland sekarang mengintai perlawanan playoff pada bulan Mac tahun hadapan, diperolehi dengan memenangi pusingan kumpulan pada kejohanan Liga Negara UEFA ketika di bawah kendalian bekas jurulatih, Alex McLeish.

“Kumpulan i n i sudah berakhir dari segi kelayakan (ke Euro 2020),” kata Clarke, dengan Scotland ketinggala­n sembilan mata di belakang pasukan di tangga kedua kumpulan, Rusia.

“Kami harus mensasarka­n tempat ketiga. Ada 12 mata lagi untuk diperolehi dan kami harus memastikan kami menamatkan saingan di tangga ketiga.

“Jika kami menamatkan saingan di tempat ketiga, ia bermakna kami bermain dengan baik dan ia memberikan kami keyakinan menjelang playoff pada bulan Mac.”

Martinez tidak menunjukka­n rasa terlalu yakin apabila menurunkan skuad terkuatnya dengan kapten pasukan, Eden Hazard tidak diturunkan kerana kecederaan.

Jurang di antara keduadua pasukan jelas kelihatan di awal permainan tetapi Clarke berasa kecewa kerana pasukannya bertahan dengan lemah ketika berdepan lawan yang berada pada ranking nombor satu dunia.

Belgiummem­bukajaring­an apabila Lukaku menyempurn­akan hantaran De Bruyne untuk gol ke-32 beliau dari 30 perlawanan antarabang­sa terakhir.

Dua gol seterusnya juga dari umpanan De Bruyne dan dibantu dengan kerapuhan pertahanan Scotland, membolehka­n Vermaelen dan lapan minit kemudian, Alderweire­ld menamatkan saingan buat pasukan tuan rumah.

“Kami harus memperbaik­i pertahanan kami,” tambah Clarke. “Kami menyusahka­n diri kami sendiri di awal permainan.

“Kami ada bercakap sebelum perlawanan, mereka boleh menjaringk­an gol dengan serangan biasa tetapi tiga gol dari bola mati menyebabka­n kami ketinggala­n 0-3 pada masa rehat.” — AFP

— Gambar AFP

AKSI HEBAT: Pemain tengah Scotland, Kenny McLean gagal menghalang De Bruyne (kiri) daripada melepaskan rembatan ketika beraksi di Hampden Park, Glasgow kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.