Loew ‘lega’ dengan kemenangan 2-0 Jerman ke atas Ireland Utara di Belfast

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

BELFAST, Ireland Utara: Jurulatih Jerman, Joachim Loew, berkata pasukannya masih dalam “fasa pembelajar­an” selepas mengembali­kan kempen kelayakan Euro 2020 di landasan dengan kemenangan 2-0 ke atas Ireland Utara di sini Isnin lepas.

Jerman datang ke Belfast dengan terdesak memburu kemenangan selepas ditewaskan

2-4 oleh Belanda di Hamburg minggu lepas, menyebabka­n mereka dalam bahaya tercicir dari slot kelayakan automatik. Namun kemenangan Isnin lepas memastikan mereka menyingkir­kan Ireland Utara dari tangga teratas Kumpulan C selain menamatkan empat kemenangan berturut-turut skuad kendalian Michael O’Neill itu. “Kami berada dalam tertekan selepas kekalahan kepada Belanda,” kata Loew ketika memberitah­u penyiaran RTL. Jerman kelihatan gemuruh dalam separuh masa pertama sebelum gol dari Marcel Halstenber­g dan Serge Gnabry memastikan tiga mata penuh selepas rehat.

“Kami terpaksa menangani beberapa masalah dalam perlawanan ini – Ireland Utara bermain dengan berani dan menyerang di awal permainan,” kata Loew, yang mengakui pasukannya harus menamatkan saingan lebih awal.

“Kami bermain dengan baik dalam separuh masa kedua. Kami masih dalam fasa pembelajar­an,” kata beliau.

Skuad muda Jerman bagaimanap­un bergelut mencari rentak dalam separuh masa pertama.

Conor Washington memaksa penjaga gol Jerman, Manuel Neuer beraksi tangkas sebanyak dua kali sebelum rehat.

Halstenber­g, pemain pertahanan kiri, berjaya memecah kebuntuan dengan satu rembatan cantik selepas rehat untuk gol antarabang­sa pertama beliau.

Jerman memiliki beberapa peluang selepas itu dengan cubaan Marco Reus dan Timo Werner ditepis penjaga gol Bailey PeacockFar­rell.

Ireland utara hampir mengikat kedudukan tetapi cubaan Stuart Dallas tersasar sebelum Gnabry mengesahka­n tiga mata penuh Jerman dua minit dalam masa kecederaan.

Kemenangan membolehka­n Jerman memintas Ireland Utara di tangga teratas Kumpulan C dengan perbezaan gol, dengan kedua-dua pasukan mengumpul 12 mata dari lima perlawanan.

Belanda, yang bermain empat perlawanan setakat ini, berada di tangga ketiga dengan sembilan mata selepas menewaskan Estonia 4-0.

Walaupun memenangi empat perlawanan, Ireland Utara masih mempunyai tugas sukar untuk memburu kelayakan dari kumpulan ‘maut’ ini kerana mempunyai dua perlawanan menentang Belanda dan kunjungan ke Jerman pada baki lima perlawanan mereka. — AFP

LOEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.