Utusan Borneo (Sarawak)

Patung peringatan Ibrahimovi­c diperkenal pada 8 Okt ini di Malmo: SFA

-

STOCKHOLM, Sweden: Bekas penyerang antarabang­sa Sweden, Zlatan Ibrahimovi­c, akan memperkena­lkan patung gangsa replika diri beliau sendiri di bandar kelahirann­ya, Malmo, pada 8 Oktober, menurut pengumuman Persatuan Bola Sepak Sweden (SFA) Isnin lepas.

Patung pemain yang membuat penampilan sebanyak 116 kali untuk Sweden itu dibina dengan ketinggian 2.7 meter dan seberat 500 kg.

Ia akan diletakkan di medan di antara stadium bola sepak lama dan baharu, stadium kelab tempatan, Malmo FF, di mana Ibrahimovi­c memulakan karier profesiona­l beliau.

Pemain berusia 37 tahun itu, yang ketika ini bermain untuk kelab LA Galaxy di Liga Bola Sepak (MLS) di Amerika Syarikat (S), berkata beliau “sangat gembira” dengan keputusan membina patung peringatan di Malmo.

“Ia adalah harapan saya dari awal. Ia adalah di mana segala-galanya bermula dan juga di mana hati saya berada,” kata beliau dalam satu kenyataan.

SFA, yang memulakan projek itu pada 2015, memberikan kepercayaa­n kepada pengarca patung, Peter Linde.

“Patung ini akan selama-lamanya menjadi manifestas­i salah seorang pemain bola sepak terhebat Sweden dan bola sepak dunia,” kata Hakan Sjostrand, setiausaha agung SFA. Sejak membuat penampilan sulung profesiona­l bersama Malmo pada 1999, Ibrahimovi­c menjaringk­an lebih dari 400 gol untuk kelab-kelab seperti Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, Paris Saint Germain, Manchester United dan LA Galaxy selain memenangi beberapa kejuaraan liga dan piala.

Beliau menjaringk­an 62 gol untuk Sweden.

— AFP

 ??  ?? IBRAHIMOVI­C
IBRAHIMOVI­C

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia