Utusan Borneo (Sarawak)

Buda Ancah bakal berentap di kejohanan antarabang­sa

-

KOTA BHARU: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) memperuntu­kkan RM1.8 juta setiap tahun bagi membantu bekas-bekas atlet kebangsaan di seluruh negara memerlukan bantuan.

Pengerusin­ya,DatukNooru­l Ariffin Abdul Majeeb berkata peruntukan itu bagi menjaga kebajikan bekas-bekas atlet yang telah mengharumk­an nama negara.

“Kami tidak lupa jasajasa mereka walaupun kami kekurangan dana namun kami tidak putus asa untuk mendapatka­n peruntukan daripada pelbagai sumber.

“Pelbagai jenis bantuan yang telah kami berikan antaranya melibatkan­bantuanper­ubatan, peralatan dan khairat kematian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kerusi Roda kepada Atlet OKU di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Penyampaia­n sumbangan itu disampaika­n oleh Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wan Roslan Wan Hamat kepada tiga bekas atlet kebangsaan yang berasal dari Kelantan.

Noorul Ariffin berkata sepanjang 12 tahun yayasan itu ditubuhkan, seramai 1,745 bekas atlet kebangsaan telah mendapat bantuan daripada pihaknya.

“Tahun ini sahaja RM1.2 juta telah dibelanjak­an bagi membantu bekas-bekas atlet yang merangkumi bantuan perubatan, peralatan, khairat kematian dan sebagainya.

“Begitu juga setiap tahun kami menerima hampir 100 bekas atlet negara untuk berdaftar dengan kami bagi mendapatka­n kebajikan selepas bersara,” katanya.

Pihaknya akan melancarka­n sebuah tabung bagi mendapatka­n dana bagi menampung perbelanja­an untuk tahun-tahun akan datang. — Bernama KUCHING: Atlet bina badan negara, Buda Achah, 47, menyasarka­n untuk mengikuti tiga lagi kejohanan antarabang­sa sebelum bersara dalam bidang yang diceburiny­a sejak 26 tahun lalu.

Pada bulan ini, beliau akan mengambil bahagian pada kejohanan Mr Asia di Batam, Indonesia dan kemudian pada November depan beliau ke Korea Selatan menyertai kejohanan Mr World.

“Persiapan yang dibuat sudah mencecah 95 peratus. Saya mengambil bahagian dalam kategori berat 70 kilogram dan kategori Masters (40 tahun ke atas).

“Sukan SEA 2021 di Vietnam juga saya sasarkan sebagai kejohanan saya yang terakhir bagi peringkat antarabang­sa,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah di sini semalam.

Namun, sebelum menyertai kejohanan itu Buda ke Kuala Lumpur terlebih dahulu kerana beliau merupakan wakil tunggal dari Sarawak bersaing untuk Anugerah Khas MAKSAK selain menerima insentif MAKSAK.

Sementara itu, Buda berminat untuk menurunkan pengalaman dan bakatnya dalam sukan itu kepada golongan belia.

“Saya mencari gimnasium agar saya dapat berkongsi pengalaman dan bakat saya kepada belia. Justeru, saya meminta Datuk Amar Uggah membantu saya dalam hal ini.

“Saya juga memaklumka­n kepadanya bahawa saya berminat melakukan perjalanan ke Betong dan ke luar bandar memperkena­l atau mempromosi­kan sukan bina badan kepada belia di luar bandar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia