Utusan Borneo (Sarawak)

Sin Li ungguli Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak 2019

-

KUCHING: Atlet kebangsaan, Sin Li Jane dinobatkan johan kategori terbuka Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak 2019 yang melabuhkan tirai di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa semalam.

Pemenang tiga pingat emas, satu perak pada Sukan SEA 2017 itu menewaskan rakan sepasukan, Radin Nur Najwa dengan kelebihan 18 pin selepas melakukan jatuhan pin sebanyak 232 berbanding Radin dengan jatuhan 214 pin.

Tempat ketiga dan keempat turut dimenangi atlet kebangsaan, Muhd Shafy Zain dan Nora Lyana.

“Saya berasa sangat gembira kerana dapat bermain di sini menentang ramai pemain terkemuka dari serata Asia dan dapat memenangi gelaran ini.

“Ini kali kedua saya bertanding di sini di mana pada tahun lalu saya menduduki tempat ketiga. Ia peningkata­n ketara dalam pencapaian saya pada kejohanan ini,” katanya ketika ditemui selepas berakhir kejohanan itu di sini semalam.

Ditanya sama ada kemenangan itu memastikan slotnya dalam skuad Sukan SEA Filipina, atlet kelahiran Perak berusia 27 tahun itu berkata ia terpulang kepada pengurusan memutuskan kedudukann­ya.

Katanya, pemilihan pada tahun ini sangat ketat kerana hanya empat atlet akan dibawa ke Filipina dan setiap atlet pasti mahu memberikan persembaha­n terbaik.

Kemenangan itu membolehka­n Sin menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 berserta trofi. Radin meraih RM10,000 manakala Muhd Shafy dan Nora masing-masing menerima RM5,000 dan RM2,500.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Dalam ucapan penutupann­ya, Abdul Karim memuji komitmen Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) memastikan kejohanan berprestij itu dianjurkan dengan jayanya pada tahun ini.

“Kerajaan negeri menzahirka­n rasa gembira menjadi tuan rumah Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak disertai beberapa negara seperti China, Venezuela, Jepun, Filipina, Thailand, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Brunei dan beberapa negeri dalam Malaysia.

“Penganjura­n pada tahun ini cukup bermakna kerana kehadiran legenda boling dunia, Amleto Monacelli dari Profession­al Bowler’s Associatio­n (Amerika Syarikat),” katanya.

Menurut Abdul Karim, kerajaan negeri melalui kementeria­nnya serius dalam mempromosi pelbagai acara sukan termasuk boling kalangan belia sebagai landasan membangunk­an potensi atlet berbakat agar dapat diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, melalui penganjura­n kejohanan itu Sarawak dapat meningkatk­an industri pelanconga­n sukan dengan kedatangan ramai peserta dari luar negara.

Hadir sama Presiden ABAS Sunny Sii, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr Azhar Ahmad, Pengurus Bahagian Pembanguna­n Sukan Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) Ahmad Rodzli Hashim, Timbalan Presiden ABAS Shaifulbah­ri Shukri, Naib Presiden ABAS Robert Lu dan Pengarah Urusan Megalanes Sarawak, Jackie Ting.

 ??  ?? RAI KEJAYAAN: (Barisan belakang dari kanan) Nora, Shafy, Sin dan Radin meraikan kejayaan di atas podium bersama (dari kanan) Robert, Azhar, Abdul Karim, Sunny, Ahmad Rodzli dan Shaifulbah­ri.
RAI KEJAYAAN: (Barisan belakang dari kanan) Nora, Shafy, Sin dan Radin meraikan kejayaan di atas podium bersama (dari kanan) Robert, Azhar, Abdul Karim, Sunny, Ahmad Rodzli dan Shaifulbah­ri.
 ??  ?? KUNJUNGAN: Buda berjabat tangan dengan Uggah ketika kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Ketua Menteri di Kuching semalam.
KUNJUNGAN: Buda berjabat tangan dengan Uggah ketika kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Ketua Menteri di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia