Utusan Borneo (Sarawak)

400 orang Gotong-Royong Perdana SM St Anne

-

LABUAN: Gabungan sinergi empat penjuru antara warga sekolah, ibu bapa, pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan agensi-agensi luar telah merealisas­ikan program Gotong-royong Perdana Sekoleh Menengah St Anne, baru-baru ini.

Antara agensi yang terlibat adalah Perbadanan Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian, Lions Club, Pertubuhan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) dan Junior Chamber Internatio­nal (JCI).

Program itu telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Gotong-royong Perdana itu mendapat sambutan yang memberangs­angkan dengan kehadiran kira-kira 400 orang termasuk murid, guru, AKP, ibu bapa dan wakil dari pelbagai agensi.

Beberapa alumni SM St Anne turut menjayakan program berkenaan.

YDP PIBG SM St Anne Damian C Marcus mengucapka­n rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang sanggup meluangkan masa hujung minggu, mengerah keringat dan menyumbang­kan modal sama ada secara tunai mahupun peralatan untuk menjayakan program itu.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Raisin menekankan aspek semangat kekitaan dan ‘sense of belonging’ terhadap sekolah.

Katanya, perasaan kasih dan sayang akan sekolah perlu sentiasa subur dalam sanubari warga sekolah.

“Keadaan ini sedikit sebanyak menjadikan pelajar lebih menghargai setiap kemudahan yang dinikmati di sekolah.

“Kasih sayang terhadap sekolah juga merupakan salah satu elemen sivik yang perlu dijelaskan kepada setiap pelajar,”katanya.

Sementara itu, Pengetua SM St Anne Mary Anita Abah berkata, gotong-royong yang bersifat serampang dua mata itu adalah sebagai platform awal dalam membawa perubahan kepada persekitar­an sekolah dengan mengutamak­an tiga aspek dominan iaitu selesa, sistematik dan selamat.

Secara tidak langsung, katanya, rangkaian hubungan antara pihak sekolah dengan pihak lain juga dapat diperkukuh untuk kelangsung­an hubungan kerjasama yang sedia ada seterusnya sebagai salah satu agen perpaduan.

“Sokongan padu ibu bapa, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) akan memberi manfaat kepada pelajar SM St Anne. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang terbabit menjayakan program gotong-royong perdana pada kali ini,” katanya.

Beliau berharap kerjasama seperti itu akan berterusan dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang membabitka­n pelajar, guru dan ibu bapa SM St Anne.

 ??  ?? BERSAMA PELAJAR: Raisin (tengah) bersama pelajar dan ibu bapa yang menjayakan Gotongroyo­ng Perdana SM St Anne.
BERSAMA PELAJAR: Raisin (tengah) bersama pelajar dan ibu bapa yang menjayakan Gotongroyo­ng Perdana SM St Anne.
 ??  ?? BERSIHKAN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu dalam kerja membersihk­an kawasan longkang.
BERSIHKAN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu dalam kerja membersihk­an kawasan longkang.
 ??  ?? BANTU: Wakil dari Lions Club, Telwant Kaur membantu gerak kerja di Taman Bunga Orkid.
BANTU: Wakil dari Lions Club, Telwant Kaur membantu gerak kerja di Taman Bunga Orkid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia