Pelajar FKAL baik pulih fasiliti SK Mengkawago

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

LABUAN: Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) menyahut cabaran memasyarak­atkan mahasiswa dengan mengadakan aktiviti motivasi dan kepimpinan di pedalaman Sabah, di Sekolah Kebangsaan Mengkawago, Telupid.

Objektif utama program ‘Soaring Youth’ itu adalah untuk memberikan motivasi khusus kepada pelajar SK Mengkawago yang bakal menduduki peperiksaa­n penting iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Program itu juga melibatkan penduduk kampung dan seramai 42 pelajar FKAL dari Persatuan Kewangan Islam yang terlibat dengan aktiviti bersama keluarga angkat.

Walaupun wujud perbezaan yang ketara dari aspek bangsa, agama dan latar belakang tetapi masih jelas kegembiraa­n pada wajah pelajar FKAL dan ibu bapa angkat mereka semasa mengadakan aktiviti merewang di rumah tradisi suku kaum Sungai.

Pengalaman yang cukup mencabar bagi pelajar FKAL apabila terdapat beberapa rintangan semasa berprogram seperti kekurangan sumber air bersih, bekalan elektrik yang terhad serta bekalan bahan mentah yang kurang ekoran daripada kedudukan geografi kampung itu sendiri yang jauh dari pekan Telupid.

Namun begitu, kekurangan itu sama sekali tidak mematahkan semangat para pelajar FKAL untuk berbakti kepada penduduk kampung serta pelajar SK Mengkawago.

Dengan komitmen dan kerjasama yang tinggi daripada pihak SK Mengkawago serta pelajar FKAL yang terlibat, Program Soaring Youth telah berjaya membaik pulih beberapa fasiliti di sekolah berkenaan bagi memberikan keadaan pembelajar­an yang lebih efektif dan kondusif.

Antara aktiviti pembaikpul­ihan yang dilakukan adalah mengecat bilik darjah, mengecat pondok ilmu, melukis mural serta membaik pulih kerusi dan meja pelajar.

Keunikan program itu adalah apabila guru-guru SK Mengkawago sendiri turun padang dalam aktiviti membaik pulih serta gotongroyo­ng di kawasan sekolah.

Sehari sebelum majlis penutupan Program Soaring Youth, pelajar FKAL telah mengadakan Malam Kemerdekaa­n yang melibatkan guru-guru SK Mengkawago, pelajar sekolah dan penduduk kampung.

Secara tidak langsung, melalui aktivti berkenaan mahasiswa FKAL dapat belajar dan mendalami budaya masyarakat luar.

Pada masa sama, program itu telah mendapat sokongan yang memberangs­angkan daripada pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program itu juga mendapat sumbangan bahan bacaan daripada pihak perpustaka­an UMS Induk Kota Kinabalu dan UMSKAL.

Tajaan Program Soaring Youth mendapat sokongan daripada pelajar UMSKAL dan juga orang awam apabila wujudnya platform sumbangan menggunaka­n laman web Mystartr Malaysia.

Lebih mengujakan apabila program itu turut mendapat sokongan dengan kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tongod Duisa Uga, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) FKAL Dr Suzillah Sidek, Guru Besar SK Mengkawago Saidal Manda, Yang Dipertua PIBG Hervine Bilo dan Penolong Kanan 1 SK Masaum Kassim Uding.

Pensyarah program Kewangan Islam, Nurul Izzati Abd Razak dan Pengarah Program Mohammad Madani Ahmad hadir sama.

Suzillah yang mewakili Dekan FKAL Prof Madya Dr Zaiton Osman mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Program Soaring Youth 2019.

ALBUM: Pihak penganjur, sekolah serta keluarga angkat bergambar kenangan sebelum bergerak pulang.

KENANGAN: Sesi fotografi bersama Suzillah (tujuh kiri) sebelum ahli jawatankua­sa program bergerak ke Telupid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.