Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak ambil alih tiga projek jambatan

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil alih dengan menanggung sepenuhnya pembiayaan bernilai RM1.1 bilion bagi tiga projek jambatan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, tiga projek berkenaan iaitu Jambatan Rambungan, Jambatan Batang Igan dan Jambatan Batang Lupar sebelum ini dibiayai oleh kerajaan persekutua­n sebelum ia ditarik balik.

“Kesemua projek jambatan ini adalah yang dijanjikan (pembiayaan sepenuhnya oleh kerajaan persekutua­n) tetapi telah ditarik balik oleh mereka kecuali projek Batang Lupar di mana 50 peratus dibiayai kerajaan negeri dan 50 peratus kerajaan persekutua­n.

“Kita tidak mahu disebabkan penarikan balik projek ini ia akan menjejaska­n usaha pembanguna­n jalan pesisir di negeri ini, maka itu kerajaan negeri mengambil alih projek.

“Di mana kesemua jumlah projek ini melibatkan kos RM1.1 bilion dan jumlah itu antara yang ditanggung di bawah kementeria­n saya,” katanya yang juga Menteri Pembanguna­n Pelabuhan dan Infrastruk­tur.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani kontrak antara Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) bagi enam projek di bawah Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA) bersama kontraktor di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini, semalam.

Masing berkata, bagi pembinaan Jambatan Rambungan ia dianggarka­n menelan kos RM300 juta, Jambatan Batang Igan (RM300 juta) sementara Jambatan Batang Lupar menelan kos RM1 bilion di mana konsep pembiayaan 50-50 (kerajaan negeri dan persekutua­n).

“Jika kita tidak melaksanak­an ini, ia menjadi masalah kepada inisiatif pembanguna­n infrastruk­tur lebuh raya pesisir kita.

“Maka itu kerajaan negeri tidak membenarka­n ini berlaku dan kita meneruskan projek ini.

“Ini adalah janji kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan GPS akan menunaikan­nya,” kata beliau.

Mengenai pembinaan jalan penghubung (missing link) dari Kanowit ke Kapit katanya, bagi seksyen atau fasa antara Nanga Ngungun di Kanowit ke Nanga Temalat di Song ia dijangka siap Ogos tahun depan.

Beliau berkata projek yang melibatkan jalan sepanjang 9.2 kilometer itu kini sedang dalam pembinaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia