Utusan Borneo (Sarawak)

67 PEMPAMER MENYERTAI EKSPO SHEDA 2019

Sebanyak 90 gerai pameran dibuka pada ekspo berlangsun­g dari 20 hingga 22 September ini di BCCK

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING:Sebanyak 90 gerai pameran dibuka pada Ekspo Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) mulai 20 hingga 22 September ini.

Pengerusi Penganjur Ekspo Hartanah SHEDA 2019 John Yong Long Ping berkata, ekspo tiga hari itu disertai seramai 67 pempamer daripada pelbagai sektor termasuk agensi kewangan, kerajaan, swasta dan banyak lagi.

“Ekspo Hartanah SHEDA 2019 adalah platform terbaik untuk pemaju mempromosi­kan dan mengetenga­hkan hartanah, perkhidmat­an dan produk mereka.

“Pameran termasuk pemaju hartanah, bahan binaan, pembekal, kontraktor, ejen hartanah, agensi kerajaan dan swasta serta banyak lagi menyertai ekspo kali ini,” katanya pada sidang media Ekspo Hartanah SHEDA 2019 di sini, semalam.

Beliau berkata, selain itu, ekspo terbabit turut menawarkan pusat khidmat sehenti untuk orang ramai yang ingin mencari dan mengetahui maklumat berkaitan rumah dan pembelian hartanah.

“Justeru, orang ramai khasnya mereka yang ingin memilih kawasan dan ciri perumahan yang mereka kehendaki mengikut cita rasa masing-masing dialu-alukan berkunjung ke ekspo ini,” ujarnya.

Selain ekspo hartanah katanya, pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan dalam acara tiga hari itu yang berlangsun­g dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

“Antaranya termasuk pertanding­an mewarna, pertanding­anmakan,kempen derma darah, aktiviti zumba dan sebagainya.

“Pada ekspo ini juga, kita telah menjemput empat penceramah khas yang akan memberikan ceramah mengenaiha­rtanahdiSa­rawak seperti Dr Daniele Gambero, Charles Tan, Chris Tan dan Nam Kee Technology Solutions,” katanya.

Menurut John, ceramah itu bukan sahaja terbuka kepada pelabur, pemaju atau pemain industri tetapi juga orang ramai yang berminat membeli rumah.

“Jadi, mereka yang berminat untuk menyertai ceramah ini adalah amat digalakkan dan kemasukan adalah percuma,” ujarnya.

Selain itu katanya, orang ramai yang berkunjung ke ekspo berkenaaan juga berpeluang mendapatka­n payung percuma namun ia terhad untuk 1,000 orang.

“Bagi pembeli yang berbelanja minimum RM1,000 atau lebih dalam satu resit di pameran itu juga akan diberikan ganjaran di mana mereka berhak menebus hadiah menarik terdiri daripada pelbagai barangan berjenama.

“Malah kita juga akan memberi anugerah kepada peserta pameran untuk

kategori Gerai Pameran Terbaik. Dan pengunjung pula, mereka boleh mendapatka­n hadiah menarik bernilai RM3,000 dengan mengambil gambar kreatif semasa ekspo ini, kemudian ‘like’ page kami dan sertai ‘hastage challenge’ #SHEDA,” jelasnya.

John turut memberitah­u bahawa pembukaan Ekpso Hartanah SHEDA 2019 ini akan dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 20 September jam 3 petang.

Dalam pada itu, beliau menyaranka­n orang ramai mengambil peluang daripada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang membolehka­n pembelian bijak dalam kalangan orang ramai pada tahun ini.

“Seperti yang kita ketahui HOC telah dilanjutka­n sehingga akhir tahun ini, jadi orang ramai yang membeli rumah sebelum penghujung tempoh tersebut akan dapat menikmati pengecuali­an duti setem.

“Jadi, itu sebabnya orang ramai digalak membeli kediaman atau hartanah sekarang terutama pada ekspo ini di mana HOC ternyata akan memberi manfaat kepada mereka,” ujarnya sambil memberitah­u projek di bawah HOC akan menikmati diskaun harga sebanyak 10 peratus.

Mengenai jumlah pengunjung yang akan datang pada ekpo itu, Timbalan Pengerusi Penganjur Ekspo Angie Kueh menjangkak­an menerima ramai pengujung untuk tiga hari tersebut.

“Berdasarka­n tahun sebelum ini, kita berjaya menarik kehadiran seramai 9,000 hingga 10,000 pengunjung dan kerana itu kita yakin akan menarik lebih ramai lagi pengunjung pada tahun ini apatah lagi banyak aktiviti disediakan pada ekspo ini nanti,” katanya.

Ekpso anjuran SHEDA itu mendapat sokongan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak serta Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) manakala penaja utama ekpo tahun ini terdiri daripada Naim Land Sdn Bhd, Lee On Construcyi­on Sdn Bhd dan CMS Property Developmen­t Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 082-366334 atau e-mel ke expo@sheda. org.my.

Hadir sama, ahli jawatankua­sa penganjur Dr Richard Tan.

Ekspo Hartanah SHEDA 2019 adalah platform terbaik untuk pemaju mempromosi­kan dan mengetenga­hkan hartanah, perkhidmat­an dan produk mereka.

John Yong Long Ping

Pengerusi Penganjur Ekspo Hartanah SHEDA 2019

 ??  ??
 ??  ?? PROMOSI: (Dari kiri) John bersama Angie dan Dr Richard mempromosi­kan Ekspo Hartanah SHEDA 2019 di Kuching semalam.
PROMOSI: (Dari kiri) John bersama Angie dan Dr Richard mempromosi­kan Ekspo Hartanah SHEDA 2019 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia