Utusan Borneo (Sarawak)

MISI MEMARTABAT­KAN SUKAN HOKI DITERUSKAN

Kerajaan negeri rancang bina padang hoki baharu, usaha hidupkan sukan itu dengan penganjura­n banyak pertanding­an

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang membina padang hoki baharu di beberapa bahagian negeri ini dalam usaha mengangkat martabat dan mempopular­kan sukan itu di seluruh negeri.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ini pihaknya sedang mencari tapak yang sesuai di Sibu bagi membina padang tersebut.

Selain itu, kementeria­nnya juga sedang meninjau dua lagi tapak di Miri dan Mukah bagi tujuan sama.

“Kementeria­n dan agensi di bawah kementeria­n sukan terus berusaha membangunk­an sukan hoki. Kita tahu di Sarawak tidak banyak padang rumput tiruan, hanya di Kuching sahaja ada. Kita berusaha membangunk­an padangpada­ng seperti ini.

“Ini adalah bahagian atau bandar yang mana sukan hoki ada pengikut yang setia,” katanya pada majlis penutupan Liga Hoki Sarawak TNB 2019 di Stadium Hoki Negeri Sarawak, Jalan Padungan kelmarin.

Beliau juga berharap Persatuan Hoki Negeri Sarawak (HAS), Jabatan Pendidikan Sarawak dan badan-badan lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghidupk­an sukan hoki di Sarawak dengan menganjurk­an lebih banyak

Kementeria­n dan agensi di bawah kementeria­n sukan terus berusaha membangunk­an sukan hoki. Kita tahu di Sarawak tidak banyak padang rumput tiruan, hanya di Kuching sahaja ada. Kita berusaha membangunk­an padang-padang seperti ini.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Belia dan Sukan

pertanding­an masa akan datang.

Jelasnya, ia penting sebagai pendedahan untuk melahirkan pemain-pemain hoki yang berbakat dan boleh mewakili negeri suatu hari nanti.

“Saya percaya kalau hendak bangunkan apa-apa jenis sukan mesti banyak pendedahan sama ada di peringkat dalaman, daerah, bahagian, negeri atau kita hantar keluar Sarawak untuk pendedahan.

“Tanpa pendedahan sukan itu sukar untuk berkembang. Justeru, saya amat berharap agar diadakan lebih banyak pertanding­an antara sekolah dan bahagian di Sarawak supaya sukan hoki mendapat ramai pengikut di setiap bahagian.

“Kalau ramai pengikut lebih mudah kita mencari atlet-atlet mewakili Sarawak di peringkat temasya Sukan Malaysia (SUKMA) atau selepas SUKMA,” katanya.

Beliau turut memuji komitmen HAS di bawah kendalian Presidenny­a, Datin Mary Sadiah Zainuddin dengan menjalinka­n hubungan erat dengan Persekutua­n Hoki Malaysia (PHM), Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dan sektor korporat dalam usaha mengangkat martabat sukan itu.

Katanya, di bawah pimpinan Mary, beliau yakin hoki di Sarawak akan mencapai tahap lebih baik dan tinggi pada masa akan datang.

Sementara itu, pasukan 11 RAMD Pemerintah­an Medan Timur dinobatkan juara kategori lelaki terbuka selepas menundukka­n ONEXOX Warrior dengan 4-1 dalam aksi final.

Tempat kedua dirangkul ONEXOX Warrior, tempat ketiga milik Borneo Young Blood (BYB) dan Persatuan Hoki Kuching di tempat keempat.

11 RAMD menggondol wang tunai RM1,200, trofi dan medal manakala ONEXOX Warrior menerima RM800, trofi dan medal. Borneo Young Blood (BYB) meraih RM500, trofi dan medal sementara Persatuan Hoki Kuching menerima trofi.

Dalam kategori 16 tahun ke bawah, pasukan SMK Paku unggul dengan memenangi kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

Dalam kategori lelaki, tempat kedua hingga keempat disandang SM Sains Kuching Utara (SAKURA), SMK Bako dan SMK Semerah Padi.

Manakala pemenang tempat kedua hingga keempat kategori wanita ialah SMK Taee (Squad2020), SMK Bako dan SM Sains Kuching Utara (SAKURA).

SMK Paku menerima

RM500, trofi dan medal selaku juara manakal tempat kedua menerima RM300, trofi dan medal. Pemenang tempat ketiga meraih RM150, trofi dan medal sementara keempat menerima trofi.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif PSS, Dr Ong Kong Swee dan Mary.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Abdul Karim, Ong dan Hii (tengah) bersama pemenang pada majlis penyampaia­n hadiah.
TAHNIAH: Abdul Karim, Ong dan Hii (tengah) bersama pemenang pada majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia