PELANCONG WARGA EMAS DILAPOR HILANG DI TAMAN NEGARA BAKO SELAMAT

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

KUCHING: Pelancong warga emas yang dilaporkan hilang di Telok Asam, Taman Negara Bako ditemui selamat semalam selepas dilaporkan hilang ketika ‘trekking’ di hutan pada Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mangsa Shein

Chi Ching, 70, dari Taiwan dilaporkan selamat sampai ke bilik penginapan­nya pada jam 7.30 pagi.

“Komander operasi melaporkan mangsa yang dikhuatiri hilang telah balik ke biliknya dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Isnin lepas, dua rakan mangsa membuat laporan sekitar jam 6.30 petang selepas mangsa yang terpisah daripada mereka disedari hilang sejak jam 2 petang. “Rakan mangsa kemudian mendapatka­n bantuan daripada renjer Taman Negara Bako, namun mangsa masih gagal ditemui menyebabka­n mereka membuat laporan kehilangan mangsa,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya turut disertai anggota polis dan renjer Taman Negara Bako.

MUJUR SELAMAT: Mangsa pulang ke bilik penginapan­nya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.