LELAKI, KEKASIH DITAHAN ATAS CUBAAN BUNUH ISTERI

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap bersama teman wanitanya kerana disyaki melakukan cubaan membunuh dengan melanggar isteri sendiri diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Md. Syafique Md. Hilmie setelah mendengar permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Hileary Kimon.

Hileary dalam permohonan­nya memberitah­u, pada 29 Ogos lalu seorang wanita membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri mendakwa telah dilanggar suami sendiri.

Dalam aduannya, pengadu, 53, berkata kejadian berlaku sekitar jam 8.30 malam hari sama.

Ketika itu katanya, beliau sedang dalam perjalanan pulang dari masjid, apabila ternampak suami berada di dalam keretanya yang diparkir di tepi jalan berhampira­n sebuah kedai tayar di Kampung Wireless.

Pengadu kemudian pergi ke arah suami untuk meminta wang perbelanja­an bagi tujuan membeli ubat dan pada masa sama, ternampak seorang wanita bersama suaminya dalam kenderaan tersebut.

Pada jarak dekat, pengadu cuba menghalang kereta suaminya dari arah hadapan namun suami tiba-tiba memecut kenderaann­ya lalu terlanggar pengadu hingga menyebabka­n dia tercampak ke tepi jalan.

Akibat kejadian itu, pengadu mengalami kesakitan pada bahagian pinggang.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 10 pagi, 7 September lalu di Balai Polis Pusat Miri, polis berjaya menangkap pasangan terbabit kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Hileary berkata, reman selama empat hari ke atas kedua-dua suspek yang berusia 50 dan 26 tahun masing-masing dari Kampung Pengkalan, Lutong dan Jalan Song Tabuan Height, Kuching amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an siasatan kes di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan kedua-dua suspek memandangk­an pengadu adalah isteri sah kepada suspek lelaki dan merujuk kes ke Timbalan Pendakwa Raya, justeru membebaska­n mereka lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Mahkamah membenarka­n reman empat hari ke atas kedua-dua suspek terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.