Empat lelaki disyaki terlibat salah guna dadah dicekup

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam satu operasi di Kampung Haji Baki di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, keempat suspek ditangkap anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) yang melakukan serbuan sekitar jam 12.10 tengah hari.

Menurutnya, serbuan tersebut adalah hasil risikan dan maklumat awam.

“Serbuan telah dijalankan di tepi jalan menuju ke tangki air Kampung Haji Baki dan hasilnya berjaya menahan seorang lelaki berusia 20 tahun kerana didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.

“Susulan itu juga, pasukan operasi turut menahan tiga lagi suspek berusia 17 hingga 23 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, kesemua suspek didapati positif dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

“Suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.