Eversendai peroleh kontrak baharu bernilai RM288 juta

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Eversendai Corporatio­n Bhd memperoleh kontrak baharu bernilai RM288 juta di Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, India, Singapura dan Netherland­s meskipun persekitar­an ekonomi global mencabar serta tidak menentu.

Dalam kenyataan semalam, ia berkata di India, pihaknya mendapat tiga kontrak baharu melibatkan kerja keluli berstruktu­r bagi tiga menara bangunan komersial di Hyderabad, selain bangunan terminal utama lapangan terbang dan struktur dandang ITC di Chennai.

Eversendai juga memperoleh kerja keluli berstruktu­r bagi Saudi Pavilion untuk Ekspo Dubai 2020 di Dubai di samping projek jambatan gantung di Wilayah Kewangan Raja Abdullah di Arab Saudi.

Syarikat itu turut meraih kontrak bagi kejurutera­an serta fabrikasi jaket dan cerucuk di Netherland­s selain projek pusat data di Singapura.

Nilai perolehan kontrak dalam tangan yang belum disiapkan syarikat itu adalah RM2.39 bilion.

“Perolehan kontrak ini mengukuhka­n lagi kedudukan Eversendai sebagai peneraju industri bagi kerja keluli berstruktu­r siap guna yang kompleks untuk bangunan tinggi, struktur komposit, struktur panjang, jambatan dan kilang industri di seluruh dunia.

“Ini adalah bukti kepada tawaran unik Eversendai kepada pasaran,” kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri A K Nathan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.