AC Mizal, Elly Mazlein digandingk­an sebagai pengacara ABPBH32

Utusan Borneo (Sarawak) - - Hiburan -

KEHANGATAN Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH 32) semakin terasa.

Malam kemuncak anugerah bertemakan Melangkaui Sempadan yang akan berlangsun­g pada 22 September itu bakal menggandin­gkan Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Antara penyanyi yang bakal membuat persembaha­n pada malam itu nanti ialah Aishah, Liza Hanim, Zizan Razak, Ismail Izzani, Ernie Zakri, Idayu, SonaOne, Ariff Bahran, Andi Bernadee, Hazama, Akim, Black, De Fam, Zamaera dan Stacy.

Penyampai trofi pula terdiri daripada gabungan artis baharu dan lama seperti Mustapha Kamal, Aida Khaleeda, Ella, Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Wany Hasrita, Khai Bahar, Arslan Butt, Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Shuib Sepahtu, Amy Mastura, Azar Azmi, Azhan Rani dan Noorkhiria­h.

ABPBH32 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) dan ditayangka­n secara eksklusif menerusi saluran TV3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.