Band Mobs

awali Battle of the Band Keningau pada 14 Sept

Utusan Borneo (Sarawak) - - Hiburan - Oleh Henry Bating

pertama kalinya Band Mobs menghadirk­an kalangan pemuzik dan penyanyi pada 14 September ini di Padang Bandaran Keningau sempena Karnival Gegar Keningau.

Kordinator SubEvent ChyChy Alinjiran berkata, Band Mobs yang menyenarai­kan lima lagu merupakan sesi pemanasan bagi acara utama Battle of the Band pada 15 September yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

“Band Mobs bertujuan menjadi medan pertemuan kalangan pencinta seni muzik dengan memperliha­tkan kemahiran masingmasi­ng memainkan alat muzik yang mereka bawa serta mengiringi nyanyian lagu-lagu yang disenaraik­an,” katanya sambil memaklumka­n sesi itu sekadar memberi ruang pertunjuka­n tanpa sebarang penjurian.

Menurutnya, lima lagu yang disenaraik­an adalah ‘It’s My Life - Bon Jovi’, ‘Rock U Like a Hurricane - Scorpions’, ‘Pelesit Kota - Search’, ‘We Will Rock You - Queen’ dan ‘Paling Manang - Sharin Amud Shapri’.

ChyChy memberitah­u, turut serta dalam ‘flash band mobs’ itu ialah penyanyi legenda tempatan Francis Landong di samping kalangan pemuzik dari Kota Kinabalu, Kinarut dan Papar.

“Band Mobs bakal menjadi sejarah seni muzik di sini kerana kali pertama seumpamany­a yang pernah diadakan di pusat pedalaman ini,” katanya.

Beliau memaklumka­n setakat ini, kira-kira 100 pemuzik dari daerahdaer­ah pedalaman dan pantai barat Sabah telah mengesahka­n penyertaan dan pendaftara­n masih dibuka sehingga 10 September.

Band Mobs dan Battle of the Band yang dikendalik­an Keningau Music Group (KMG) merupakan sebahagian acara sempena Gegar Keningau yang dijadual dirasmikan Ahli Parlimen Pensiangan Arthur Joseph Kurup.

Bagi pihak KMG, ChyChy menyampaik­an penghargaa­n kepada pengarah program Rafie Robert Tawik atas kepercayaa­n melaksanak­an dua acara penting Gegar Keningau itu.

CHYCHY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.