DPCLD sumbang dua mesin ventilator

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan - Oleh Norwahida Yamaluddin

Dewan Perniagaan Cina Lahad Datu (DPCLD) menyalurka­n sumbangan dua mesin ventilator untuk kegunaan pesakit di Unit Rawatan Rapi, Hospital Lahad Datu, di sini, semalam.

Presidenny­a Tan Cheng Teng berkata, alatan dan keperluan mesin bernilai RM100,000 itu disumbangk­an hasil derma keprihatin­an pemimpin dan dermawan di sini.

Menurutnya, dengan adanya tambahan mesin itu diharap dapat membantu keperluan rawatan pesakit yang difahamkan tidak mencukupi.

“Sebenarnya, banyak kemudahan mendesak yang diperlukan hospital dan saya merayu keprihatin­an orang ramai agar tampil menghulurk­an bantuan supaya ia dapat dimanfaatk­an bersama dalam usaha rawatan di hospital ini,” katanya.

Ventilator mempunyai beberapa fungsi termasuk membantu mengantark­an oksigen ke paru-paru, membantu pesakit bernafas lebih mudah dan alat pernafasan bagi pesakit yang kehilangan kemampuan untuk bernafas seperti pesakit tenat dan koma.

SALUR SUMBANGAN: DPCLD diketuai Tan (enam dari kiri) menyerahka­n dua alat ventilator kepada pihak hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.