Bantu tingkat sosioekono­mi rakyat

Ronald harap Bajet 2020 prihatin terhadap keperluan penduduk luar bandar

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

BELURAN: Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berharap Bajet Kerajaan Persekutua­n yang akan dibentangk­an pada Oktober depan akan terus membela nasib penduduk luar bandar.

Beliau berkata, peruntukan yang berterusan untuk luar bandar akan membolehka­n lebih banyak program pembanguna­n dapat dilaksanak­an oleh kerajaan.

Katanya, pembinaan kemudahan jalan raya penghubung yang baik, bekalan air dan elektrik akan membantu meningkatk­an sosioekono­mi rakyat.

“Selain itu, kemudahan infrastruk­tur seperti sekolah dan klinik kesihatan yang sedia ada perlu dinaik taraf oleh pihak kerajaan.

“Dengan adanya peruntukan berterusan melalui bajet tahunan kerajaan, akan dapat memastikan penduduk luar bandar dapat menikmati kemudahan asas yang diperlukan,” katanya.

Ronald yang juga setiausaha Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah berkata demikian pada Program Bersama Rakyat di Kampung Terusan Sugut, semalam.

Beliau berkata, rakyat dalam kawasan Parlimen Beluran masih memerlukan pembelaan berterusan daripada kerajaan.

Serentak itu, beliau ingin melihat lebih banyak kampung di kawasan parlimenny­a mendapat kemudahan asas yang diperlukan.

“Ini memandangk­an jurang perbezaan pembanguna­n di antara bandar dan luar bandar serta perbezaan di antara luar bandar dan luar bandar perlu dikurangka­n.

“Walaupun ke arah itu perlu mengambil masa, namun saya yakin kerajaan amat prihatin terhadap penduduk luar bandar dan akan memberi peruntukan yang besar untuk tujuan itu,” katanya.

TINJAU: Ronald (dua dari kanan) bersama penduduk kampung meninjau kemudahan yang diperlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.