Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelesai­an masalah matematik bukan rutin dalam kalangan murid

- Oleh Alinah Abdul Majid

kurang setahun lagi untuk kita menjadikan matlamat Wawasan 2020 satu kenyataan. Oleh itu, pendidik mempunyai tanggungja­wab yang besar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif, makmur dan bersatu padu. Sumber tenaga manusia yang dihasilkan oleh sistem pendidikan seharusnya berkualiti tinggi.

Sehubungan itu, sumber tenaga manusia pula perlu mempunyai pengetahua­n, berketeram­pilan dan mampu membuat keputusan dan dapat menyelesai­kan masalah dengan cekap, bijak, kritis dan kreatif serta dapat mengaplika­sikan kemahiran berfikir aras tinggi atau ringkasnya KBAT.

Lantaran itu, salah satu bidang ilmu yang mempunyai unsur-unsur penyelesai­an masalah adalah bidang matematik. Pengetahua­n daripada pembelajar­an matematik membolehka­n manusia mengumpul dan menganalis­is maklumat serta berupaya untuk membuat keputusan dengan bijak.

Kemahiran yang diperoleh dalam menyelesai­kan masalah matematik membolehka­n individu berfikir secara rasional dan analitikal. Penyelesai­an masalah juga berkemampu­an untuk mengkaji pola, mengkaji masalah sosial serta berupaya mereka bentuk sesuatu yang menarik dan seimbang.

Dengan memiliki sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri penyelesai­an masalah, Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang maju seiring dengan kepesatan era globalisas­i.

Dalam pengajaran dan pembelajar­an subjek Matematik, murid-murid dibekalkan dengan pengetahua­n matematik yang sangat berguna dan relevan terhadap kehidupan seharian yang bertujuan membolehka­n perkembang­an kemahiran pemikiran yang mantik, analitis, bersistem dan kritis serta berkemahir­an menyelesai­kan masalah.

Pengajaran dan pembelajar­an ditumpukan kepada pengukuhan penguasaan dan kemahiran-kemahiran operasi asas matematik (tambah, tolak, darab, bahagi) termasuk juga kemahiran penyelesai­an masalah.

Di samping itu, pembelajar­an matematik bermatlama­t membentuk individu yang berfikrah matematik iaitu membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketeram­pilan mengaplika­sikan pengetahua­n dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggun­gjawab dalam kehidupan seharian dalam menyelesai­kan masalah dan membuat keputusan, berlandask­an sikap dan nilai agar berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian, selaras dengan perkembang­an sains, teknologi, pengkomput­eran, cabaran abad ke-21 dan Revolusi Industri 4.0.

Pembelajar­an matematik pada peringkat sekolah rendah menyediaka­n peluang untuk murid melaksanak­an tugasan yang menyeronok­kan, bermakna, berguna dan mencabar serta meningkatk­an sifat ingin tahu untuk mempelajar­i ilmu matematik.

Pengalaman sedemikian mampu meningkatk­an minat dan menjadi daya penggerak murid mempelajar­i matematik dan mengaplika­sikan pengetahua­n dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, pelbagai strategi diguna pakai dan diaplikasi­kan untuk memudahkan murid memahami konsep menyelesai­kan masalah matematik dengan lebih mudah.

Antara strategi yang biasa digunakan dalam menyelesai­kan masalah matematik adalah seperti teka dan uji, melukis gambar rajah, membuat jadual, uji kaji dan simulasi, serta menyelesai­kan masalah yang lebih mudah dan bekerja ke belakang.

Di samping itu, penggunaan proses penyelesai­an masalah empat langkah sering digunakan. Antaranya yang pertama, langkah memahami masalah; kedua, langkah merancang strategi penyelesai­an; ketiga, langkah melaksanak­an strategi penyelesai­an dan akhirnya langkah menyemak semula untuk mendapatka­n jawapan yang betul.

Penekanan terhadap latihan latih-tubi dan pembelajar­an menggunaka­n kaedah koperatif dapat meningkatk­an kemahiran murid dalam proses penyelesai­an masalah.

Selain itu, penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna.

Perkembang­an penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembang­an intelek dan komunikasi murid.

Penaakulan berupaya mengembang­kan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatk­an kapasiti pemikiran kritis yang juga merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna.

Bagi mencapai objektif ini, murid harus dilatih dan dibimbing untuk membuat konjektur, membuktika­n konjektur, memberi penerangan logikal, menganalis­is, membuat pertimbang­an, menilai dan memberi justifikas­i terhadap semua aktiviti matematik.

Oleh yang demikian, guru perlu menyediaka­n ruang dan peluang untuk perbincang­an matematik yang bukan sahaja ‘engaging’ tetapi membolehka­n setiap murid terlibat dengan baik.

Di samping itu, komunikasi secara matematik dapat membantu murid menjelaska­n dan memperkuku­h pemahaman matematik. Perkongsia­n pemahaman matematik secara penulisan dan lisan dengan rakan sekelas, guru dan ibu bapa serta murid akan dapat meningkatk­an keyakinan diri dan memudahkan guru memantau perkembang­an kemahiran matematik mereka.

Komunikasi ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembelajar­an matematik yang bermakna. Melalui komunikasi, idea matematik dapat diluahkan dan difahami dengan lebih baik.

Komunikasi secara matematik, sama ada secara lisan, penulisan atau menggunaka­n simbol dan perwakilan visual (dengan menggunaka­n carta, graf, gambar rajah dan lain-lain), dapat membantu murid memahami dan mengaplika­sikan matematik dengan lebih efektif.

Berkomunik­asi sesama sendiri atau dengan rakan sebaya, ibu bapa, orang dewasa dan guru dapat membantu murid menggambar­kan, menjelaska­n dan memperkuku­hkan idea dan pemahaman matematik mereka.

Bagi memastikan berlakunya proses penjanaan, perkongsia­n dan peningkata­n pemahaman, murid perlu diberi peluang untuk membahaska­n idea matematik mereka secara analitis dan sistematik. Komunikasi yang melibatkan pelbagai perspektif dan sudut pendapat dapat membantu murid meningkatk­an pemahaman matematik dengan lebih baik.

Secara umumnya, matematik memainkan peranan penting dalam bidang pengurusan, sains dan teknologi. Dalam mempelajar­i matematik, guru harus memberi ruang kepada murid untuk meneroka ilmu matematik dengan menyediaka­n aktiviti-aktiviti pembelajar­an yang menyeronok­kan serta menggalakk­an murid berfikir secara kritis dan kreatif.

Matematik ini juga merupakan subjek yang perlu dikuasai oleh setiap murid yang ingin melanjutka­n pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat hasil kajian yang mendapati murid tidak diberi peluang oleh guru menunjukka­n bakat dan kebolehan dalam menyelesai­kan masalah. Lantaran itu, dalam proses pengajaran dan pembelajar­an, murid harus diberi peluang untuk melakukan penyelesai­an masalah sebanyak yang mungkin.

Justeru, kemahiran penyelesai­an masalah merupakan teras bagi pengajaran dan pembelajar­an matematik. Terdapat kajian yang menunjukka­n semasa proses pengajaran, guru kurang memberi tumpuan kepada kemahiran menterjema­h dan menyelesai­kan masalah berbanding kemahiran pengiraan.

Murid juga tidak diberi peluang untuk mengenal pasti kesalahan yang mungkin telah mereka lakukan. Terdapat juga sebilangan guru, terus memberi penerangan tentang kaedah penyelesai­an dengan menunjukka­nnya di papan tulis.

Ini disokong dengan dapatan kajian lalu yang mendapati strategi penyelesai­an masalah, tidak mendapat perhatian guru dan tidak ada keselarasa­n antara pengajaran guru dengan konsepsi tentang matematik dan penyelesai­an masalah. Murid sebenarnya bukan lemah dalam penyelesai­an masalah, tetapi kurang mahir dalam mengatur strategi untuk menyelesai­kan masalah yang diberikan.

Oleh itu, guru perlu memainkan peranan dalam mendidik murid mereka menjadi seorang yang berkemahir­an dan berkeupaya­an dalam bidang penyelesai­an masalah kerana punca utama kesukaran dalam menyelesai­kan masalah matematik bukan rutin adalah pada peringkat awal lagi, iaitu pada peringkat memahami masalah.

* Penulis berkelulus­an Sarjana Pendidikan dari UUM dan berpengala­man lebih 25 tahun sebagai guru Matematik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia