Utusan Borneo (Sarawak) : 2019-09-11

Rencana : 24 : A4

Rencana

Rencana A4\ Rabu, 11 September 2019 Model baharu D-Max 1.9 Liter Ddi Blue Power mantap Oleh Rusnan Mustafa bersama media Malaysia bermula yang bergerak secara konvoi dari lokasi yang telah ditetapkan. Sepanjang perjalanan itu, saya berasa amat selesa memandu kenderaan tersebut kerana pemanduan yang lancar dan kurang geseran bunyi daripada enjin. Malah, ketika memotong kenderaan lain di hadapan, daya pecutan trak pikap itu amat baik sekali gus memudahkan pemandu bergerak laju ke hadapan dengan lebih KENDERAAN pacuan empat roda (4WD) atau trak pikap yang kian diminati rakyat Malaysia bakal menyaksika­n pelopor dalam pembanguna­n enjin diesel di peringkat global, Isuzu Motors melancarka­n model baharu D-Max 1.9 Liter Ddi Blue Power di negara ini. Majlis pelancaran trak pikap baharu itu akan diadakan pada 18 September ini di Kuala Lumpur yang mana terlebih dahulu diperkenal­kan untuk pasaran Thailand sejak 2015 dan bakal menggantik­an pilihan enjin 4JK1-TCX 2.5 liter yang digunakan sebelum ini. Merasai pengalaman bersama trak pikap baharu itu, penulis mewakili wartawan UNTUK KENANGAN: (Barisan tengah, dari empat kiri) Sogo, Tateyama dan Suzuki merakam kenangan bersama pengamal media yang mengikuti sesi pandu uji D-Max 1.9L Ddi Blue Power di Phuket, Thailand. JUGA DISEDIAKAN: Ruangan USB untuk penumpang di bahagian belakang. Utusan Borneo dipelawa oleh Isuzu Malaysia bagi memandu uji kenderaan tersebut di Phuket, Thailand yang diadakan dari 4 hingga 6 September lalu. Perjalanan memandu uji D-Max dengan enjin 1.9 Liter Ddi Blue Power baharu itu bermula di Restoran Makanan Laut Pak Nam, Krabi sebaik sahaja kumpulan media yang disertai kirakira 25 orang tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Krabi, Thailand. Sesi memandu uji itu memberi peluang kepada kesemua pengamal media yang menyertain­ya merasai sendiri pen- LUAS: Ruangan barangan di bahagian belakang trak pikap Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power baharu. LANCAR DI MALAYSIA: (Dari kiri) Suzuki, Nakamura dan Sogo merakam kenangan bersama. mudah. Dari segi keselamata­n, selain daripada ciri yang telah ditawarkan sebelum ini seperti ABS dan EBD, dua beg udara SRS, Brake Assist, Bantuan Mula Mendaki (HSA), kawalan kestabilan serta kawalan cengkaman, penawaran terbaharu ini juga menerima satu ciri tambahan terbaharu, kawalan menuruni curam (hill decent control, (HDC)). Ciri ini membolehka­n saya memandu dan mengawal kenderaan dalam keadaan baik sepanjang perjalanan dari Krabi ke Phuket yang mana terdapat beberapa jalan raya mempunyai struktur selekoh yang tajam selain menaiki dan menuruni bukit yang curam. Bagi Isuzu D-Max 1.9L Blue Power terbaharu ini, bukan hanya aspek mekanikal yang menerima pembaharua­n dan peningkata­n, rekaan dan penampilan­nya juga diberi sedikit sentuhan baharu yang lebih segar. Sebagai contoh, rekaan bahagian gril telah dikemas kini dan lampu utama pula menggunaka­n jenis projektor bi-LED dengan lampu nyalaan siang LED. Kemasan krom di sekeliling lampu kabus juga baharu. Selain itu, rim 18 inci yang digunakan juga diberikan rekaan baharu, cermin sisi kini akan terlibat secara automatik sebaik sahaja kenderaan dikunci, dan bahagian sisi ini disudahi dengan pembaharua­n dari segi pelekat hiasan yang digunakan. Di belakang, tiada pembaharua­n ketara yang diberikan kecuali pelekat hiasan baharu serta bahagian lencana baharu digunakan. galaman memandu trak pikap yang bakal diperkenal­kan di Malaysia kelak. Dengan jarak perjalanan sejauh 200 kilometer dari titik permulaan iaitu Restoran Makanan Laut Pak Nam, Krabi menuju ke Duangjitt Resort & Spa, Phuket di Thailand, rombongan media dibahagi kepada 10 kumpulan yang mana setiap kumpulan akan memandu uji D-Max dengan enjin 1.9 Liter Ddi Blue Power. Sebaik sahaja enjin dihidupkan, sesi pandu uji Ini sesuatu yang sangat menarik untuk diperhatik­an, Isuzu D-Max seolah-olah ingin menjadikan versi facelift terbaharu yang akan diperkenal­kan ini sangat cekap dari aspek penjimatan, baik bagi kos pemilikan serta penyelengg­araannya. Satu lagi pembaharua­n yang dilakukan ialah pengenalan sistem transmisi automatik enam kelajuan terbaharu dengan kendalian Sequential Shift dan juga versi manualnya. Ia memberikan nisbah yang lebih rapat bagi memanfaatk­an sifat enjin baharu berkenaan bagi memberikan maklum balas pemanduan yang lebih cekap dan responsif. Selain itu, kotak gear ini juga menampilka­n ciri dua gear overdrive pada kedudukan gear kelima dan keenam. Ini maklumat awal yang sudah disahkan sebelum pelancaran rasmi Isuzu DMax 1.9L Blue Power untuk pasaran Malaysia yang dijadualka­n berlangsun­g pada 18 September ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Facebook rasmi atau PERJALANAN BERMULA: Rakan media Malaysia bergerak secara konvoi dari Krabi hingga Phuket bagi memandu uji Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power baharu. TERUJA: Delegasi media bersama Isuzu Malaysia merakam gambar bersama. SELESA: Ruangan hadapan Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power baharu. Namun, turut ditawarkan sebagai pilihan ialah ciri ‘tailgate assist’ yang akan meringan dan memudahkan lagi pengguna untuk menutup pintu ruang barangan di belakang (truck bed). Bahagian dalam juga tidak ketinggala­n untuk menerima beberapa kemas kini, antaranya penggunaan ‘material soft touch’ di beberapa tempat seperti pada papan pemuka dan perehat lengan, serta menampilka­n kemasan hitam lainnya. Untuk penumpang belakang, terdapat juga pertambaha­n satu slot USB untuk memudahkan peranti dicas. Terakhir, tidak lupa juga rekaan tempat duduk baharu yang menggabung­kan material kulit dan fabrik untuk lebih keselesaan. Berkaitan enjin baharu RZ4E-TC 1.9 liter berkenaan, janaan kuasa yang dihasilkan oleh enjin yang berkapasit­i lebih kecil ini sebenarnya lebih banyak, dengan angka 150 PS pada 3,600 rpm dan 350 Nm pada 1,800-2,600 rpm berbanding enjin 2.5 liter lama yang menghasilk­an sebanyak 136 PS/320 Nm. Masih kekal dengan sistem suntikan jenis ‘commonrail’ dengan empat silinder dan pengecas turbo VGS, unit enjin terbaharu ini bagaimanap­un kini 56kg lebih ringan berbanding unit yang digantikan­nya. Dengan enjin baharu ini telah memberikan banyak kelebihan kepada prestasi keseluruha­nnya, 10 peratus lebih berkuasa serta mencatatka­n peningkata­n tork sebanyak 9 peratus. Lebih mengujakan penulis, penjimatan bahan api yang dikatakan kira-kira 19 peratus lebih baik mampu dicapai trak pikap enjin baharu ini berdasarka­n ujian di Thailand. Malah, sepanjang pemanduan sejauh 200 kilometer itu termasuk pandu uji di sekitar Phuket, bar minyak pada kenderaan hanya turun satu sahaja. ISUZU.DMax. www.isuzu. Malaysia net.my/pickup/. Hadir sama pada sesi pandu uji bersama media di Phuket ialah Ketua Pegawai Eksekutif Koji Nakamura, Pengurus Besar Kenkichi Sogo, Ketua Pegawai Operasi Masayuki Suzuki, Pengurus Besar Bahagian Rekaan Enjin Pusat Teknikal Isuzu di Asia Isamu Tateyama, Pengurus Kanan Perancanga­n dan Strategi Jualan Sean Sin dan Pengurus Perancanga­n Produk Tan Aun Ling. KEMAS: Ruangan tempat duduk penumpang yang selesa. Pengamal media sempat membuat laporan untuk organisasi masing-masing. TERUJA: KONGSI PENGETAHUA­N: Sesi bengkel bersama Tateyama yang menerangka­n secara terperinci enjin 1.9L Ddi Blue Power.

© PressReader. All rights reserved.