RUMAH RUNTUH, 14 PENGHUNI TERJEJAS

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

SIBU: Seramai 14 penghuni terjejas selepas rumah kayu yang didiami mereka runtuh secara tiba-tiba dalam kejadian di Kampung Jeriah di sini, tengah malam kelmarin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu Kapten (PA) Frankie John Jawan berkata, kejadian berlaku semasa beberapa penghuni sedang tidur dan yang lain menonton televisyen.

“Akibat runtuhan itu, rumah tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak selamat didiami oleh ahli-ahli keluarga yang terjejas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanap­un katanya, tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Buat masa sekarang, kesemua penghuni yang terjejas menumpang sementara di rumah saudara-mara mereka yang berdekatan,” katanya.

RUNTUH: Keadaan struktur rumah yang runtuh Kampung Jeriah tengah malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.