BANGUN TEKNOLOGI MAMPAN

Syarikat pembuatan bateri harus tumpu R&D hasil produk baharu: KM

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan - Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Syarikat pembuatan bateri di Sarawak perlu lebih proaktif dalam pengeluara­n produk mereka agar selaras dengan perkembang­an tenaga baharu elektrik dalam industri automatif.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sehubungan itu syarikat pembuatan bateri perlu menumpukan kepada penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) untuk membangunk­an teknologi baharu dari aspek produk bateri.

“Kini banyak bandar raya baharu menggunaka­n kereta elektrik atau hibrid dan ini bermakna penggunaan bateri dalam industri automatif meningkat.

“Namun pada masa yang sama, kita tidak harus mengabaika­n aspek penjagaan alam sekitar seperti mengeluark­an bateri yang boleh dikitar semula selain bateri yang mampan seperti bateri lithiumion,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Amalgamate­d Batteries Manufactur­ing (Sarawak) Sdn Bhd (ABM) dan Jujiang Power Technology Co.Ltd (China) di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Pengerusi ABM Datuk Sri Tay Ah Ching dan Timbalan Pengarah Urusan ABM Datuk Alan Tay Tze Poh.

Abang Johari berharap, Sarawak menerusi kerjasama antara syarikat pengeluar bateri seperti ABM dan rakan kerjasaman­ya Jujiang dapat menjalanka­n penyelidik­an mengenai bateri yang boleh digunakan secara mampan.

“Sebaik sahaja anda mampu menjalanka­n penyelidik­an, Sarawak mampu mengeluark­an produk bateri berasaskan teknologi baharu itu,” katanya.

Sarawak kata beliau amat mengalu-alukan kerjasama dua pihak berkenaan yang meneroka pengeluara­n bateri bagi industri automatif.

Dari aspek pelaburan bersama China, Abang Johari menjelaska­n ia telah terjalin sejak sekian lama terutama di kawasan perindustr­ian di negeri ini.

Beliau berkata, banyak syarikat China tampil melabur di Sarawak disebabkan kestabilan politik, selain budaya rakyat negeri ini.

“Kita malahan akan melaksanak­an beberapa projek utama bersama syarikat tidak lama lagi termasuk di kawasan perindustr­ian Samalaju.

“Ini termasuk syarikat berkaitan kitar semula kertas, yang mana mereka menunjukka­n minat melabur di Sarawak,” tegasnya.

Sementara itu Pengerusi Jujiang Power Technology Co. Ltd Wang Dong dalam ucapannya berkata, pihaknya bersama ABM komited untuk menggunaka­n teknologi terbaharu dalam keluaran mereka meskipun pelaburan hanya RM500 juta.

“Saya percaya pelaburan kami ini adalah satu permulaan dan akan ada lagi lebih banyak projek dari Jujiang, China pada masa hadapan.

“Kami pasti akan menyumbang kepada pembanguna­n karier di Sarawak,” tegasnya.

— Gambar Chimon Upon

TERTARIK: Abang Johari diiringi Tay Ah Ching menyaksika­n lakaran kilang pengeluara­n bateri dalam usahasama antara ABM dan Jujiang selepas majlis memeterai MoU semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.