Halang tugas polis, lelaki kena sehari dan denda RM3,000

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Seorang lelaki berusia 50 tahun dijatuhkan hukuman penjara sehari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menghalang anggota polis menjalanka­n tugas.

Tertuduh yang dikenali sebagai Lu Ting Ming, juga dikenakan hukuman denda RM3,000 atau sebulan penjara setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit.

Mengikut pertuduhan, Lu didakwa menghalang anggota polis menjalanka­n tugas apabila enggan memberikan kerjasama dan hendak melarikan diri ketika diperiksa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Bukit Lima Timur pada 5 Oktober 2019, kira-kira jam 3.15 pagi.

Bagi pertuduhan itu, Lu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Berdasarka­n fakta kes, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Lanang telah menahan tertuduh di Jalan Bukit Lima Timur pada hari kejadian.

Ketika ditahan, tertuduh telah bertindak agresif dan cuba untuk melarikan diri dengan memecut motosikaln­ya.

Semasa diperiksa, tertuduh didapati membawa peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah pecah rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.