KERAJAAN GPS MILIKI KEBERANIAN UNTUK BERDIKARI: KM

Sarawak berpisah daripada BN yang sudah 56 tahun menjadi ‘tongkat’ kepada negeri ini

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan - Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak di bawah pimpinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil pendekatan berani dengan berpisah daripada Barisan Nasional (BN) yang sudah 56 tahun menjadi ‘tongkat’ kepada negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak selama tempah tersebut bergantung kepada BN di Putrajaya khususnya daripada aspek pembanguna­n negeri.

“Sekarang, kita sudah tidak bergantung kepada mereka (BN) dan perlu berdiri di atas kaki sendiri.

“Saya percaya kita boleh melakukann­ya sendiri apatah lagi Sarawak mempunyai banyak sumber, namun kekurangan bakat manusia.

“Apabila kita ada kepakaran ini dan tahu hak kita, saya rasa kita akan jadi lebih baik daripada Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelantikan Ahli Jawatankua­sa Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak bagi tempoh 2019 hingga 2022 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin (Selasa).

Sehubungan itu, beliau menyeru semua kaum untuk bergabung supaya Sarawak mempunyai polisi yang lebih baik pada masa depan dengan menjadikan pendidikan sebagai kunci utama.

‘Sarawak bertuah kerana mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi sebuah negeri yang membangun. “Kita hanya perlu fokus dengan pembanguna­n negeri agar kita boleh muncul sebagai kunci pembanguna­n di Malaysia,’ katanya.

Menurut beliau, GPS mempunyai rancangan tersendiri sebagai usaha membangunk­an negeri ini secara menyeluruh.

“Oleh itu, kita mengalualu­kan penglibata­n pelbagai komuniti dan sektor per

niagaan dalam menjadikan Sarawak sebagai negeri termaju menjelang tahun 2030,” ujarnya.

Beliau menambah, sebagai langkah untuk memperjuan­gkan hak di bawah Perlembaga­an dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kita mewujudkan beberapa dasar.

“Salah satunya seperti pengenalan cukai jualan terhadap minyak dan gas Sarawak sebanyak lima peratus.

“Saya memperkena­lkan cukai ini mengikut undangunda­ng sebagai pendapatan tambahan Sarawak.

“Sebagai contoh, apabila Petronas beroperasi di Kanada, ia tertakluk kepada undang-undang negara itu dan apabila beroperasi di Sarawak, ia harus menghormat­i undang-undang kita,” ujarnya.

Dengan dana tambahan terbabit, kata beliau, ia akan membolehka­n Kerajaan Sarawak melaksanak­an pembanguna­n di negeri ini termasuk pemberian geran kepada sekolah Cina.

Pada majlis itu, Abang Johari turut memberi jaminan untuk berusaha mendapatka­n tanah bagi membina bangunan Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak serta akan terus membantu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini.

Hadir sama, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak Datuk Richard Wee, Presiden Persekutua­n Cina Malaysia (Huazong) Tan Sri Dato Sri Panglima Goh Tian Chuan, bekas Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak Datuk Hii Teck Tun serta tetamu kehormat lain.

Sekarang, kita sudah tidak bergantung kepada mereka (BN) dan perlu berdiri di atas kaki sendiri.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

SAMBUTAN: Abang Johari tiba pada Majlis Pelantikan Ahli Jawatankua­sa Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak bagi tempoh 2019 hingga 2022 di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.