Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak mohon tapak bagi bina ibu pejabat

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak memohon kerajaan negeri mendapatka­n tapak bagi membolehka­n mereka membina bangunan sebagai ibu pejabat di sini.

Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak Datuk Richard Wee berkata, Persekutua­nPersatuan Cina Sarawak di seluruh cawangan mempunyai premis sendiri selama ini, namun belum mempunyai bangunan ibu pejabat.

“Justeru, kita meminta kerajaan negeri bermurah hati untuk membantu kita mendapatka­n tapak bagi merealisas­ikan impian untuk memiliki bangunan ibu pejabat sendiri.

“Dengan sokongan anda (kerajaan negeri), kita akan bekerjasam­a dengan pihakpihak berkaitan untuk membolehka­n kita mencapai hasrat ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelantikan Ahli Jawatankua­sa Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak bagi tempoh 2019 hingga 2022 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin (Selasa).

Majlis itu dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dengan diiringi Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian serta tetamu kehormat lain.

Sementara itu, Richard berkata Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia yang mengiktira­f Sijil Peperiksaa­n Bersepadu( U E C) sebagai kelayakan kemasukan ke perkhidmat­an awam negeri.

Menurutnya, ini menunjukka­n bukti bahawa kerajaan negeri menyokong pendidikan masyarakat Cina di Sarawak.

“Di bawah inisiatif Ketua Menteri juga, Yayasan Sarawak telah menambah dana dan pinjaman pendidikan kepada semua pelajar Sarawak yang menuntut di dalam dan luar negeri,” katanya.

Beliau berkata, penglibata­n masyakat Cina dalam perkhidmat­an awam masih rendah dan ini adalah fenomena lama yang berlaku bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di seluruh negara.

“Justeru, usaha daripada kerajaan negeri dilihat dapat menambah bilangan masyarakat Cina untuk sama-sama dalam perkhidmat­an awam.

“Bagi pihak kita pula, adalah menjadi tugas dan tanggungja­wab untuk kita menggalakk­an generasi muda memillih untuk menyertai perkhidmat­an awam sebagai karier mereka,” katanya.

Bercakap mengenai majlis itu, Richard merakamkan penghargaa­n kepada semua presiden dan ahli jawatankua­sa Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak di lapan cawangan di Sarawak atas kepercayaa­n yang diberikan kepadanya untuk mengetuai persekutua­n berkenaan.

“Majlis malam ini menyaksika­n pelantikan ahli jawatankua­sa, pemuda dan sayap wanita Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak bagi tempoh 2019 hingga 2022 dan kita berikrar untuk meneruskan visi serta objektif persekutua­n yang telah diperjuang­kan selama ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.