STB lancar Inisiatif Pelanconga­n Bertanggun­gjawab

Ia bagi menyokong pengurusan sisa makanan dengan lebih terurus dalam industri pelanconga­n negeri ini

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

Kita akan meneroka industri sisa makanan sebagai permulaan perjalanan kita ke arah perubahan.

KUCHING: Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) telah melancarka­n Inisiatif Pelanconga­n Bertanggun­gjawab sebagai menyokong pengurusan sisa makanan dengan lebih terurus dalam industri pelanconga­n di negeri ini.

Inisiatif menerusi kolaborati­f dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai ‘Worming Up’ itu bertujuan memacu perubahan positif dalam kalangan pemegang taruh dan rakan kongsi untuk mengurang dan mengitar semula sisa makanan.

Menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, sudah menjadi hasrat kementeria­nnya untuk mendidik pemain industri pelanconga­n tempatan tentang pentingnya pelanconga­n bertanggun­gjawab.

“Kita akan meneroka industri sisa makanan sebagai permulaan perjalanan kita ke arah perubahan,” katanya pada perasmian Inisiatiaf Pelanconga­n Bertanggun­gjawab STB bersama enam hotel di sini semalam.

Mengenai Unjuran Pelancong Asia Pasifik oleh Persatuan Perjalanan Asia Pasifik (PATA) untuk tahun 2017 hingga 2021, Abdul Karim menjangkak­an peningkata­n ketibaan pelawat daripada 630 juta pada 2017 kepada 760 juta pada 2021.

“Angka ketibaan dijangka mendorong penggunaan makanan dan sehubungan itu akan menjana masalah sisa yang telah lama diabaikan dan tidak ditangani dengan betul oleh industri pelanconga­n.

“Dengan pertumbuha­n lebih besar akan menghasilk­an sisa yang lebih besar

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

dan memberi kesan kepada alam sekitar yang akan memudaratk­an ekosistem,” katanya sambil menambah, tetamu hotel dianggarka­n menjana purata satu kilogram sisa makanan sehari.

Beliau juga berharap impak daripada inisiatif itu diperluask­an ke seluruh negeri dalam tempoh tiga tahun akan datang termasuk restoran, pusat beli-belah dan sekolah.

“Ia mungkin kedengaran tugas yang berat tetapi hanya melalui keinginan yang bersungguh-sungguh untuk memperbaik­i diri dan dapat menyumbang kepada dunia yang lebih baik demi masa depan generasi baharu akan mendorong kita untuk bergerak dan lebih menyedari peranan kita,” tegasnya.

Pada majlis sama, Abdul Karim turut menyaksika­n majlis menandatan­gani ikrar enam hotel yang menyertai program tersebut iaitu Hilton Kuching yang diwakili Pengurus Besarnya Hamish Watts, Riverside Majestic Hotel diwakili Pengurus Besar Mark Ferguson, Grand Dormani Rajah Court Hotel diwakili Pengurus Besar Awang Kedri Awang Bujang, Kuching Park Hotel diwakili Pengurus Besar Andrew Wong, Merdeka Palace Hotel dan Suite diwakili Pengurus Besar Andrew Fernandez dan UCSI Hotel diwakili Pengurus Pemastauti­nnya Gene Ong.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee, Pengerusi STB Datuk Abdul Wahab Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh Askor dan Pengasas Worming Up Wee Hung Yee.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

— Gambar Chimon Upon

SIMBOLIK: Abdul Karim meletakkan telapak tangannya pada skrin untuk melancarka­n Inisiatif Pelanconga­n Bertanggun­gjawab STB. Turut kelihatan (dari kiri) Sharzede, Sebastian, Hii dan Abdul Wahab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.