PERKIM Cawangan Kuching hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Kuching tampil menghulurk­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bintawa Hulu dan Kampung Sungai Bedil Besar, semalam.

Sumbangan itu disampaika­n Timbalan Pengerusin­ya Datin Seri Feona Junaidi yang turut ditemani ahli PERKIM lain.

“Kita berharap anda (mangsa) bersabar dan tabah ketika menghadapi segala dugaan yang berlaku,” katanya ketika menemui mangsa kebakaran.

Tegasnya, PERKIM sebagai pertubuhan kebajikan Islam akan membantu seberapa daya kepada sesiapa yang memerlukan bantuan.

Feona, yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama rombongan kemudianny­a, melawat tapak kebakaran di Kampung Sungai Bedil Besar.

Pada dua lawatan tersebut, Feona menyampaik­an bantuan berupa wang dan pakaian kepada mangsa kebakaran di kedua-dua lokasi kebakaran.

Sementara itu pada petang Ahad lepas, tujuh keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam satu insiden kebakaran yang melibatkan lima rumah di Kampung Sungai Bedil Besar di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya Azaharul Sahari yang juga komander operasi berkata, kebakaran itu menyebabka­n empat rumah musnah 100 peratus manakala sebuah lagi musnah 80 peratus.

BANTUAN: Feona (kiri) menyampaik­an bantuan semasa melawat mangsa kebakaran semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.