32 Setiausaha Politik Ketua Menteri akan berkhidmat selama 15 bulan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Seramai 32 Setiausaha Politik Ketua Menteri yang mengangkat sumpah semalam, akan berkhidmat selama 15 bulan berbanding tempoh satu tahun sebelum ini.

Tempoh perkhidmat­an mereka berkuat kuasa dari 1 Oktober tahun ini sehingga 31 Disember 2020.

Daripada jumlah itu, 31 setiausaha politik yang mengangkat sumpah semalam merupakan lantikan semula manakala wakil tunggal Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam kumpulan terdahulu tidak disenaraik­an (omitted) kerana jawatan itu kini di antara empat parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Majlis Tertinggi Parti Demokratik Progresif (PDP) Brian Fung, 59, merupakan muka baharu tunggal dalam barisan itu dengan menggantik­an Suzanne Lee daripada PSB yang hanya mempunyai masa satu tahun untuk menyandang jawatan berkenaan.

Ini bermakna, jawatan sekarang menyaksika­n 19 adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), masing-masing lima daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan tiga daripada Parti Demokratik Progresif (PDP).

Ahli PBB yang dilantik semula sebagai setiausaha politik ialah Abu Seman Jahwie, Kenil Jaraiie, Buang Bolhassan, Faridah Osman, Sharkawi Suhaili, Julani Mokhtar, Victor Temenggung Angang, Romeo Christophe­r Tegang, Maurice Joannes Giri, Petrus Igat Mathias, Dr Richard Rapu, Charles Balan Seling, Michael Mujah Lihan, Tapah Ata, Abdul Samat Gany, Jenny Bangga, Dr Simon Sinang Bada, Susan Chemerai Anding dan Dayang Nurfizawat­y Abang Abdul Karim.

Dilantik semula daripada SUPP ialah Teng Ung Woo, Daniel Bujal, Tan Kai, Michael Tiang Ming Tee dan Soo Li Ching manakala daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) terdiri daripada Nicholas Kudi Jantai, Datuk Seri Doris Sophia Brodie, Edwin Banta, Charles Chad Nissom dan Beatrice Kedoh Tajang.

Daripada PDP pula, mereka yang dilantik semula ialah Alexander Asing Sadai dan Robert Ayu.

Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis yang berlangsun­g di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Fung ketika dihubungi selepas majlis itu berkata, pelantikan­nya bermakna PDP kini mempunyai tiga Setiausaha Politik Ketua Menteri.

“Sebelum ini, kita pernah mempunyai empat dan kemudian (dikurangka­n kepada) dua dan sekarang kita mempunyai tiga (setiausaha politik),” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri kerana melantikny­a sebagai salah seorang setiausaha politik dan beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing kerana mencalonka­nnya untuk jawatan itu.

Fung yang gembira untuk pelantikan itu berikrar akan bekerja keras memperkuat­kan kerajaan GPS terutama dalam menghadapi serangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Seperti yang anda tahu, PH kini sedang berusaha untuk menawan Sarawak. Jadi, semua setiausaha politik perlu bekerja keras untuk memastikan kerajaan GPS tetap kukuh,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis angkat sumpah itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta menteri-menteri muda kabinet negeri.

UNTUK ALBUM: Uggah merakam kenangan bersama semua setiausaha politik yang mengangkat sumpah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.