Perpaduan dan keharmonia­n pelbagai kaum harus disemai awal

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Perpaduan dan keharmonia­n pelbagai kaum harus disemai sejak di bangku sekolah lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei berkata, perkara ini penting dalam usaha mengekalka­n keharmonia­n dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama yang telah terbina selama ini.

“Janganlah kita mencetuska­n ketidakhar­monian perpaduan kaum, sebaliknya mari kita bersama-sama melindungi dan menjaga perpaduan rakyat Malaysia termasuk Sarawak, diri sendiri dan generasi akan datang demi tanah air tercinta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan Majlis Penangguha­n Program [email protected] Peringkat Daerah Kuching di Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda di sini, semalam.

Wong memberitah­u, usaha mengekalka­n perpaduan sedia ada dan keamanan negara terletak di bahu seluruh rakyat malah Sarawak perlu dicontohi oleh semua rakyat negara ini terutama di Semenanjun­g Malaysia dalam usaha mencapai integrasi dan perpaduan di Malaysia dalam hidup pelbagai bangsa.

Menurutnya, negeri ini merupakan contoh terbaik yang boleh diikuti untuk mempromosi­kan perpaduan dan toleransi antara kaum.

“Lihatlah bagaimana kita (Sarawak) boleh duduk di bawah satu bumbung tanpa ada rasa kebencian. Justeru, kita seharusnya berasa bangga kerana menjadi anak Sarawak dan berharap sikap toleransi dan perpaduan pelbagai kaum dapat dikekalkan,” ujarnya.

Program [email protected] merupakan program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Kuching yang melibatkan komuniti bersama agensi-agensi kerajaan agar dapat berinterak­si secara bersemuka.

Penglibata­n agensi-agensi kerajaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat­MalaysiaSa­rawak telah memberi peluang kepada komuniti iaitu para pelajar untuk mendapatka­n maklumat secara lebih dekat di samping memperoleh kesedaran berkaitan isu-isu semasa seperti penyalahgu­naan dadah.

Pada masa yang sama, program sebegini mampu mengukuhka­n semangat patriotik dan perpaduan bagi membina ketahanan nasional dan semangat jati diri dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

Hadir sama, wakil Pengarah Penerangan Negeri Ajes Tuah, Guru Besar SK Lumba Kuda John Selvaraj, Penolong Pegawai AADK Daerah Kuching Nadia Muhammad Azmi, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Henderi Arfimansya­h dan Pegawai Penerangan Daerah Kuching Magdellina Alfred Jeho.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.