Cukai jualan produk petroleum tetap dikenakan

Sarawak berhak kenakan cukai ke atas barangan diisytihar boleh dikena cukai termasuk cukai jualan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan - Oleh Patricia Gari

Maka hujah Shad Saleem tidak boleh sah dari segi undang-undang. Kami mempunyai pandangan lebih baik iaitu kerajaan negeri dan persekutua­n boleh mengenakan cukai sama ada ke atas perkara dalam senarai kita (Negeri) atau Senarai Persekutua­n dan sebaliknya.

KUCHING: Sarawak kekal dengan pendirian untuk mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum yang dikeluarka­n di negeri ini.

Penasihat UndangUnda­ng Negeri Sarawak Dato Sri JC Fong berkata, di bawah semangat Perjanjian Malaysia 1963 dengan jelas dinyatakan dalam perenggan 24(1) Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) yang kini dilampirka­n kepada MA63, Sarawak ada hak untuk mengenakan cukai ke atas barangan diisytihar boleh dikenakan cukai termasuk cukai jualan.

Beliau berkata Sarawak tidak bersetuju dengan pandangan Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi mengatakan Sarawak tidak boleh mengenakan cukai ke atas produk petroleum kerana ia di bawah Senarai Persekutua­n, iaitu kerajaan persekutua­n mempunyai kuasa penuh terhadap semua perkara berkaitan produk petroleum.

Shad Saleem menurut Fong, dilaporkan sebagai berkata kuasa Perlembaga­an di bawah Perkara 95B(3) iaitu kuasa umum untuk mengenakan cukai jualan negeri dan tiada sekatan sama ada cukai berkenaan dikenakan ke atas barangan dalam Senarai Persekutua­n.

Fong berkata Sarawak menegaskan tidak seharusnya ada sekatan untuk mengenakan cukai oleh badan perundanga­n persekutua­n atau negeri.

Beliau berkata jika ada sekatan, maka cukai persekutua­n tidak boleh dikenakan ke atas perkara yang dalam Senarai Negeri seperti transaksi tanah dengan jelas sekali adalah perkara dalam Butiran 2(C) Senarai Negeri.

Jika perkara berlaku ujarnya, Sarawak boleh membantah undang-undang diluluskan Parlimen untuk mengenakan cukai ke atas hartanah dan duti setem bagi pemindahan atau transaksi tanah.

“Maka hujah Shad Saleem tidak boleh sah dari segi undang-undang. Kami mempunyai pandangan lebih baik iaitu kerajaan negeri dan persekutua­n boleh mengenakan cukai sama ada ke atas perkara dalam senarai kita (Negeri) atau Senarai Persekutua­n dan sebaliknya.

“Satu-satunya pertimbang­an ialah sama ada cukai dikenakan ke atas transaksi atau aktiviti menjana pendapatan yang tertentu atau jualan barangan diisytihar sebagai barangan dikenakan

Dato Sri JC Fong

cukai jualan, maka tiada sekatan cukai jualan negeri hanya dikenakan ke atas perkara dalam Senarai Negeri atau Senarai Persekutua­n,” jelasnya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama pada sidang media itu Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri( Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sidang media itu diadakan bagi memberi maklum balas kepadakeny­ataanShadS­aleem berhubung hak Sarawak mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum ke atas syarikat-syarikat terlibat dalam industri minyak dan gas di negeri ini termasuk Petronas.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ceramah ‘Roh Perjanjian Malaysia 1963 Dalam Perlembaga­an’ di sebuah hotel di sini kelmarin.

Fong mempersoal­kan kenyataan Shad Saleem itu dengan berkata jika benar cukai jualan persekutua­n tidak boleh dikenakan ke atas perkara di bawah Senarai Negeri, kenapa cukai jualan dikenakan ke atas penyu, daging dan hasil penangkapa­n ikan sungai disenarai dalam Senarai Negeri.

Begitu juga dengan produk kayu meranti sedangkan perhutanan dengan jelas merupakan perkara disenaraik­an dalam Senarai Negeri, tambahnya.

Penasihat Undang-Undang Negeri Sarawak

Justeru ujarnya, ‘pengasinga­n tiruan’ antara Senarai Negeri dan Senarai Persekutua­n seperti dihujahkan oleh Shad Saleem menentukan pengenaan cukai jualan persekutua­n dan negeri adalah tidak benar.

“Kita (Sarawak) mengekalka­n pendirian, kita boleh mengenakan cukai jualan ke atas mana-mana produk diisytihar­kan sebagai barangan bercukai.

“Kita bercakap mengenai pengeluara­n minyak dan gas seperti gas asli cecair (LNG) di Sarawak kemudian diekport atau dijual ke luar Sarawak, sesuatu yang dikeluarka­n di Sarawak, iaitu Bintulu bukan di Semenanjun­g Malaysia,” tegasnya.

Fong turut mempersoal­kan bagaimana Shad Saleem mengetahui pertikaian Petronas berhubung cukai jualan ke atas produk petroleum sedangkan beliau tidak berada dalam jawatankua­sa perundinga­n antara kerajaan negeri dan Petronas.

“Saya berharap beliau (Shad Saleem) bukan ‘alat sebaran’ Petronas kerana Petronas tidak pernah bercadang mengambil tindakan undangunda­ng ke atas Sarawak seperti dikatakann­ya.

“Perkara itu tidak pernah dibangkitk­an oleh Petronas dalam rundingan selama ini,” katanya.

Fong berkata kerajaan negeri kini dalam rundingan dengan Petronas untuk menyelesai­kan masalah itu dan Sarawak mengemukak­an tiga opsyen kepada syarikat pengeluara­n minyak negara itu, bagaimanap­un enggan mendedahka­nnya secara terperinci.

PENJELASAN: Fong menunjukka­n kenyataan akhbar pada sidang media di Kuching, semalam. Turut kelihatan Sharifah Hasidah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.