JPBN Sarawak kini bersedia hadapi musim monsun timur laut

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini bersiap sedia menghadapi musim monsun timur laut dengan kekuatan seramai 14,970 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi di negeri ini.

Menurut Jawatankua­sa itu, antara agensi terlibat ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS).

“Dari segi logistik pula, sebanyak tiga helikopter, lima dron , 211 lori, 500 kenderaan pacuan empat roda, 291 bot dan 111 ambulans disediakan.

“Sementara, sebanyak 622 pusat pemindahan yang dapat menempatka­n seramai 195,825 orang disediakan di seluruh bahagian negeri ini,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

JPBN Sarawak berkata, Jabatan JKM turut menyediaka­n pangkalan hadapan sebanyak 16 kawasan iaitu Kuching (2), Kapit (4), Bintulu (3)dan Miri (7).

“Bagi stor dan depot pula, terdapat tiga kawasan iaitu satu di Ibu Pejabat JKM Kuching, Samarahan dan Miri dengan jumlah 154 pembekal di seluruh negeri Sarawak disediakan bagi persediaan menghadapi musim monsun laut timur yang dijangka berlaku November 2019 hingga Mac tahun depan,” ujarnya.

Berdasarka­n ramalan cuaca di Bintulu dan Miri, JPBN Sarawak berkata, ia dijangka menerima jumlah hujan antara 300mm hingga 500mm pada November dan Disember.

“Bahagian Sri Aman, Sarikei, Mukah dan Sibu pula dijangka menerima jumlah hujan di antara 400mm hingga 550mm pada Disember dan Januari.

“Manakala pada bulan Januaridan­Februari,bahagian Kuching, Samarahan dan Serian dijangka menerima jumlah hujan yang tinggi di antara 400mm hingga 800mm,” katanya.

Pada masa ini, kata kenyataan itu, negara sedang mengalami peralihan monsun yang dijangka berlaku sehingga pertengaha­n November.

“Semasa fasa ini, kejadian hujan lebat dan ribut petir setempat dalam jangka masa singkat serta angin kencang lebih kerap berlaku pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan bahagian di Sarawak terutama di bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu,” ujarnya,

Dalam pada itu, Uggah berkata selaku pengerusi mesyuarat JPBN Sarawak, beliau akan melihat isu-isu berkaitanp­engurusanb­encana dan mengambil langkah sewajarnya bersama jabatan dan agensi berkaitan.

“Ia bagi memastikan jentera pengurusan bencana di semua peringkat dapat berjalan lancar,” katanya.

Mesyuarat semalam adalah bagi menghadapi musim monsun timur laut pada November 2019 hingga Mac 2020 yang mengakibat­kan beberapa siri hujan monsun yang menyeluruh dijangka berlaku lebih tertumpu di bahagian tengah dan barat Sarawak.

Turut diadakan selepas mesyuarat itu ialah majlis penyerahan 3,000 keping topeng muka AirPlus Smart Mask dan 200 keping AirPlus Micro Ventilator­s kepada APM Negeri Sarawak oleh Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.