Cukai produk petroleum sukar dilaksana, petroleum di bawah Senarai Persekutua­n

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Hasrat Sarawak untuk mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum mungkin menghadapi kesukaran memandangk­an perkara berkaitan petroleum di bawah Senarai Persekutua­n.

Pakar Undang-Undang Perlembaga­an Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, sebaliknya Kerajaan Sarawak hanya dapat mengenakan cukai ke atas perkara di bawah Senarai Negeri dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Sehubungan itu menurut beliau, wujud pertikaian antara Petronas dan Sarawak mengenai hak kerajaan negeri untuk mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum.

“Berkaitan cukai jualan yang dinyatakan Kerajaan Sarawak, Petronas telah menyatakan bahawa ia tidak boleh mengenakan cukai jualan berkenaan.

“Ini kerana produk petroleum dinyatakan dalam Senarai Persekutua­n di bawah Jadual Kesembilan dalam Perlembaga­an.

“Sarawak boleh mendapatka­n kuasa untuk mengenakan cukai jualan tetapi hanya berhubung perkara yang dinyatakan dalam Senarai Negeri dan bukan di bawah Senarai Persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an ceramah mengenai ‘Semangat Perjanjian Malaysia 1963 Dalam Perlembaga­an’ di sini, malam kelmarin.

Shad Saleem menegaskan, kerajaan negeri boleh mengenakan cukai jualan untuk perkara di bawah Senarai Negeri sahaja.

Katanya, bagi royalti minyak lima peratus kepada Sabah dan Sarawak, ia isu yang berbeza kerana royalti berkenaan bukan diambil daripada Perlembaga­an.

Sebaliknya kata beliau, royalti sebanyak lima peratus kepada kedua-dua negeri itu adalah daripada Akta Pembanguna­n Petroleum, Akta Perlombong­an Petroleum dan ‘Assignment Deed’ di antara negeri-negeri ini dengan Petronas.

“Jawapan kerajaan persekutua­n ialah di bawah Perlembaga­an, minyak dan medan minyak berada dalam tangan persekutua­n (Jadual 9, Senarai I, Para 8(j)).

“Sabah dan Sarawak hanya berhak ke atas duti import dan duti eksais yang dikenakan ke atas produk petroleum (Jadual Ke-10, Bahagian V, Perenggan 1),” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, royalti sebanyak lima peratus berkenaan bukan diambil daripada Perlembaga­an. KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memimpin delegasi Sarawak untuk mengadakan mesyuarat dengan X-FAB Silicon Foundries SE di Erfurt, Jerman untuk membincang­kan mengenai perkembang­an Kluster Semikonduk­tor negeri.

Melalui mesyuarat itu, XFAB Silicon Foundries SE berjanji untuk menyokong aspirasi Kerajaan Sarawak dalam membangunk­an Kluster Semikonduk­tor negeri.

“Pembanguna­n Kluster Semikonduk­tor akan mempercepa­tkan proses perindustr­ian negeri kepada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang menawarkan kilang pintar dan penggunaan aplikasi digital secara sepenuhnya,” ujar beliau.

Tambahnya,pembanguna­n Kluster Semikonduk­tor akan memberi impak besar kepada ekonomi Sarawak.

“Lembah Silikon adalah contoh yang paling jelas. Namun di Eropah, terdapat empat kluster utama di sekitar Leuven (Belgium), Dresden (Jerman), Eindhoven (Belanda) dan Grenoble (Perancis).

“Dalam senarai tersebut, terdapat sekitar 800 syarikat yang menggaji 150,000 pekerja mahir dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM),” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah X-Fab Hans-Jurgen Straub berkata, X-FAB Sarawak mengambil keputusan yang tepat dengan memupuk perkembang­an Kluster Semikonduk­tor di Sarawak kerana negeri ini mempunyai ekosistem perniagaan yang betul.

“Kini terdapat ramai pelajar Sarawak sedang belajar di Jerman dalam pelbagai bidang kejurutera­an dan X-FAB berbesar hati untuk melantik mereka sebagai pelatih di kilang pengeluara­n mereka dan seterusnya menjadi pekerja mereka,” ujar beliau.

X-FAB Sarawak Sdn Bhd kini menggaji lebih daripada 1,200 penduduk tempatan dalam kerja berteknolo­gi tinggi itu.

X-FAB Sarawak di Zon Perindustr­ian Bebas Sama Jaya antara yang mempunyai kemudahan pengilanga­n terbesar jika dibandingk­an dengan syarikat-syarikat X-FAB lain di Belgium, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat.

Delegasi ke Jerman itu turut disertai Menteri Muda Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Industri dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak (MINTRED) Datuk Mohd Naroden Majais, Setiausaha Tetap MINTRED Datu Liaw Soon Eng, Pegawai Kanan MINTRED Kameri Affandi, Lester Matthew dan Zukkarnain Rosli.

Mengiringi sama adalah Konsul Pelaburan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) Frankfurt Yusri Hasnan Chu Abu Bakar dan Pengarah Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE Sarawak) Leany Mokhtar.

Mesyuarat itu turut dihadiri pihak atasan X-FAB yang diketuai Ahli Lembaga Pengara Hans-Jurgen Straub, Naib Presiden Projek Strategik Nobert Meyer, Ketua Pegawai Teknologi Teknikal Dr Jens Kosch dan Pengurus Operasi Fab Mario von Podewils.

LAWATAN: Delegasi Sarawak bersama pasukan X-FAB di pintu masuk pejabat X-FAB Semiconduc­tor Foundries di Erfurt, Jerman.

SUMBANGAN: Uggah menyerahka­n topeng muka kepada APM Negeri Sarawak selepas mesyuarat JPBN di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.