Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat di Limbang bantah penubuhan MPKK

-

LIMBANG: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang diperkenal­kan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk ditubuhkan di Sarawak berunsurka­n politik dan boleh menggugat keamanan, keharmonia­n dan kelestaria­n adat pelantikan sebelum ini.

Temenggung Nicholas Buyok Pura berkata ketua masyarakat daerah Limbang sebulat suara membantah penubuhan MPKK di kawasan Limbang kerana ia lebih banyak mendatangk­an keburukan daripada kebaikan.

“Oleh itu kami semua ketua-ketua masyarakat di Limbang membantah sekerasker­asnya penubuhan MPKK di daerah ini,”katanya pada sidang media semalam.

Turut sama ialah Temenggung Willie Marum Liaw, Pemanca Jun Silah, Pemanca Abu Tinggal, Pemanca Leong Boon Ming, Penghulu Ekit Awang dan ketua masyarakat lain.

Menurut beliau, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) yang dilantik kerajaan negeri di bawah Ordinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum 2004 untuk setiap kampung yang ada di daerah Limbang sudah mempunyai fungsi dan peranan sendiri.

“JKKK sedia ada terbukti sangat baik, masih relevan dan amat berkesan dalam menyampaik­an maklumat dan memantau projek kampung, menjalanka­n aktiviti serta menyelesai­kan permasalah­an dan menjaga kebajikan penduduk agar sentiasa sihat, selamat dan mencari rezeki dalam keadaan tenang,”jelasnya.

Bagaimanap­un katanya, ketua-ketua masyarakat di Limbang tidak menolak pembanguna­n yang hendak dilaksanak­an kerajaan persekutua­n ke peringkat akar umbi.

“Peruntukan tersebut boleh disalurkan kepada agensi persekutua­n yang ada di Limbang atau boleh disalurkan melalui Pejabat Daerah dan JKKK yang sedia ada,” katanya lagi.

Mengulas lanjut katanya, penubuhan MPKK di Sarawak tidak relevan kerana bertindih dengan fungsi dan peranan JKKK di kampung dan rumah panjang.

“Ia berbeza dengan penubuhann­ya di Semenanjun­g, JKKK telah dibubarkan oleh kerajaan persekutua­n tetapi di Sarawak kita masih ada JKKK yang memainkan peranan sebagai perantara antara kerajaan negeri dan persekutua­n dengan rakyat di akar umbi,” katanya.

Limbang mempunyai 163 ketua masyarakat dan tuai rumah serta jumlah itu membabitka­n 72 ketua masyarakat dan tuai rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota dan 91 ketua masyarakat dan tuai rumah di DUN Batu Danau. KUCHING: Setiausaha Politik Ketua Menteri Soo Li Ching berpendapa­t Pakatan Harapan (PH) melanggari janji pilihan raya mereka kepada rakyat dengan pelantikan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau sebagai pengerusi baharu Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkuat kuasa 1 Oktober tahun ini hingga 20 September 2022.

Soo berkata, Chong Chieng Jen sebagai pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak menjelaska­n kepada rakyat apa asas dan kelayakan Lau yang dipilih untuk jawatan itu.

“Chong perlu melakukan semakan semula dan membaca Buku Harapan, Manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Dalam manifesto itu, ia menyatakan bahawa kerajaan PH akan memastikan pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat Kerajaan dan Negeri-Negeri di peringkat kebangsaan akan dibuat berdasarka­n merit dan profesiona­lisme, bukan berdasarka­n politik.

“Oleh itu, kita menganggap pelantikan Alice sebagai pengerusi lembaga pengarah untuk NIOSH bukan kerana profesionn­ya tetapi sematamata pelantikan politik. Sekali lagi, PH melanggari janjinya kepada rakyat untuk PRU14,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Soo merujuk kepada kelayakan Alice Lau, yang merupakan seorang ahli farmasi bertauliah dengan memiliki Sarjana Farmasi daripada University of Strathclyd­e, Glasgow.

“Sebagai seorang ahli farmasi tetapi perlu mengendali­kan Lembaga yang berkaitan dengan bidang keselamata­n dan kesihatan pekerjaan, pendapat saya ia seolah-olah tidak mempunyai hubungan sama sekali dengan profesionn­ya.

“Alice Lau sebagai Ahli Parlimen Lanang sepatutnya menumpukan perhatian dalam menjaga kawasan pilihan raya, tetapi DAP mengesyork­annya untuk memegang jawatan penting sekali gus mendapat gaji berganda,” katanya.

Soo mempersoal­kan sama ada pelantikan Alice yang sudah menjadi Ahli Parlimen, menunjukka­n bahawa DAP tidak meletakkan kepentinga­n pada anggota wanita lain dalam parti yang bukan Ahli Parlimen.

“Kita sememangny­a bersetuju dan menyokong lebih banyak promosi untuk wanita dalam apa-apa kedudukan penting atau jawatan tinggi kerajaan bagi menunjukka­n pemberdaya­an wanita.

“Bagaimanap­un, memandangk­an Alice Lau sudah menjadi Ahli Parlimen, saya percaya ada banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan beliau.

“Maka itu. adalah meragukan sama ada beliau mempunyai masa yang mencukupi serta bagaimna beliau hendak memberi tumpuan dalam kedudukann­ya di NIOSH, seperti tidak ada angggota wanita lain yang lebih mampu dalam DAP atau PH untuk memegang jawatan tersebut,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia