Tapak pelupusan sampah terbakar, MPS minta bantuan LAS

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) meminta bantuan Lembaga Air Sibu (LAS) memasang secara sementara bekalan air di tapak pelupusan sampah di Jalan Seng Ling di sini bagi memudahkan kerja memadamkan kebakaran di tapak pelupusan terbabit.

Pengerusin­ya Clarence Ting berkata, bekalan air yang disediakan di tapak pelupusan sampah berkenaan sebelum ini telah dipotong LAS selepas ia ditutup dan diserahkan kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

Ujar beliau, MPS pada masa yang sama turut meminta LAS menyediaka­n perkhidmat­an lori tangki air.

“Ketika ini MPS hanya memiliki sebuah lori tangki air dan bilang tersebut masih tidak mencukupi untuk kerja pemadaman kebakaran,” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Menurut Clarence, kerja pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah tersebut dijangka mengambil masa. Ini kerana, pihak MPS katanya perlu melantik kontraktor terlebih dahulu untuk menggali semula tapak pelupusan berkenaan hingga ke punca api di bawah tanah yang menyebabka­n berlakunya kebakaran.

Selain itu, MPS juga perlu membaiki semula jalan masuk ke tapak pelupusan sampah bagi memudahkan pasukan bomba memasuki kawasan berkenaan untuk memadamkan api.

Katanya, sebelum ini MPS telah mengorek jalan berkenaan bagi menghentik­an penceroboh daripada memasuki kawasan tersebut dan membuang sampah secara haram.

Selain itu, kawasan tapak pelupusan tersebut dihuni penduduk setinggan sejak mula beroperasi pada 2001.

“Tiada akses ke tapak pelupusan berkenaan jadi kita perlu baiki semula jalan yang telah dikorek dan keadaan ini mungkin menyebabka­n kerja pemadaman api mengambil masa,” jelas beliau.

Katanya, tapak pelupusan tersebut telah ditutup secara rasminya pada April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.