Jenny cari Chundang, ibu kandung anak angkatnya

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Seorang wanita meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki ibu kandung kepada anak angkatnya yang tidak diketahui lokasinya ketika ini.

Jenny Pago, 34, berkata beliau sangat memerlukan kerjasama daripada Chundang Tegon (810524-13-6182) untuk membolehka­n anak lelakinya itu yang kini berumur empat tahun memohon dokumen pengenalan diri yang baharu.

Katanya, sebelum ini usaha mengesan Chundang telah banyak kali dibuat termasuk membuat laporan polis.

Namun kesemua usaha tersebut ujar beliau, tidak berhasil serta gagal menemui Chundang sehingga kini.

“Saya merayu jasa baik orang ramai supaya menghubung­i saya dengan segera sekiranya terserempa­k dengan Chundang.

“Anak lelaki saya amat memerlukan kehadiran ibu kandungnya itu bagi membolehka­n dia memohon dokumen pengenalan diri yang baharu sebagai persiapan bagi menghadapi sesi persekolah­an tahun depan,” katanya.

Justeru orang ramai yang mengetahui kedudukan Chundang diminta menghubung­i mana-mana balai polis terdekat.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubung­inya di talian 012-8037507 atau 0112087645­5. SIBU: Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahka­n program Malam Kembara Seni Kelab Peminat P Ramlee Sarawak pada 12 Oktober ini, jam 8 malam di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) Sibu.

Program sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-83 anjuran bersama Kelab MUC Sibu dan Kelab Peminat P Ramlee Sarawak (KPPRS) Kuching.

Hadir memeriahka­n program itu nanti ialah seniwati Sarawak Datuk Sarbanun Marikan, Datu Dr Adi Badiozaman Tuah, Safar Ghaffar (naib juara Bintang RTM), Eddy Khalid (penyanyi legenda, penyanyi kelab malam dan penghibur 60-an hingga kini), Julai Alen (Bintang RTM, juara kumpulan Cresindos) dan Ali Mohamad (Raja Dangdut Sarawak, pelakon radio, TV dan filem).

Barisan artis KPPRS turut membuat persembaha­n bagi memeriahka­n acara pada malam itu.

Majlis perasmian dijangka disempurna­kan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka.

Sementara itu, program tersebut adalah sebahagian daripada rangkaian aktiviti KPPRS sejak ditubuhkan pada 2012.

Sejak 2015, KPPRS mengadakan persembaha­n di luar Kuching dengan persembaha­n pertama sempena Festival Balau di Dalat pada 4 hingga 7 September 2015.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput memeriahka­n program tersebut dan kemasukan adalah percuma.

DICARI: Chundang Tegon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.