TBS Cawangan Miri serah bantuan kepada mangsa kebakaran

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Mirisemala­mmenyerahk­an bantuan kepada mangsa kebakaran Pagis Omar, 80 dan keluargany­a.

Kediaman milik Pagis di Kampung Kepayang Tiris Bekenu kira-kira 45 minit perjalanan dari Miri, musnah keseluruha­nnya dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Bantuan berbentuk wang tunai telah disampaika­n Ketua Cawangan TBS Miri Marini Juraibi kepada mangsa kebakaran sambil disaksikan dua pegawai Mazarita Zakaria dan Shahlan Noruden.

Dalam kejadian itu, rumah setingkat tidak kekal yang didiami Pagis bersama dua lagi ahli keluarga iaitu Abil Pagis dan Norasmah Jong Abdul Wahad ranap sepenuhnya dijilat api.

Bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dankesemua­mangsasemp­at menyelamat­kan diri.

RINGANKAN BEBAN: Marini (kiri) menyampaik­an sumbangan TBS kepada Pagis (dua kiri) selepas rumah miliknya ranap dijilat api malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.