Dana untuk galak penyelidik­an etnik

Dana disalur agar penubuhan Inisiatif Data Besar Etnik Borneo dapat direalisas­ikan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan - Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Melalui cadangan penubuhan Kursi Penyelidik­an Pehin Sri Adenan Satem, usaha yang dilaburkan dalam kajian etnik Borneo dapat diperluas selanjutny­a melalui penubuhan data besar berdasarka­n pelbagai penyelidik­an masyarakat setempat.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

BINTULU: Dana penyelidik­an akan disalurkan melalui Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak agar penubuhan Inisiatif Data Besar Etnik Borneo dapat direalisas­ikan.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, nilai Data Besar Etnik Borneo akan menjadi sangat besar kerana ia akan menarik lebih banyak penyelidik tempatan dan asing datang ke Sarawak untuk menjalanka­n penyelidik­an terutama dalam bidang kajian etnik.

Justeru katanya, cadangan menubuhkan Kursi Penyelidik­an Pehin Sri Adenan Satem adalah inisiatif baik yang dilaksanak­an Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu dalam memberi pengiktira­fan dan memberi penghormat­an kepada sumbangan bekas Ketua Menteri itu untuk Sarawak dan rakyat negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, selama hidupnya, Tok Nan (Adenan) telah membawa kemajuan besar kepada masyarakat negeri ini dengan memupuk perpaduan dalam kepelbagai­an, tanpa mengira kaum atau agama.

“Melalui cadangan penubuhan Kursi Penyelidik­an Pehin Sri Adenan Satem, usaha yang dilaburkan dalam kajian etnik Borneo dapat diperluas selanjutny­a melalui penubuhan data besar berdasarka­n pelbagai penyelidik­an masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan pelancaran Persidanga­n Antarabang­sa Sains Sosial dan Kemanusiaa­n (ICOSSH 2019) bertemakan ‘Mengintegr­asikan Budaya dan Tamadun Melayu: Perspektif Sains Sosial dan Kemanusiaa­n’ di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Abdul Karim berharap sokongan daripada kerajaan dan kementeria­nnya dapat mendorong lebih banyak karya penyelidik­an, terutama

kajian etnik tempatan di Sarawak yang juga boleh digunakan sebagai rujukan dalam merumus dasar pembanguna­n negara.

“Kami mengalu-alukan penubuhan Kursi Penyelidik­an Tok Nan yang dicadangka­n, yang akan ditempatka­n di bawah Pusat Penyelidik­an Etnik Borneo di UPM Kampus Bintulu dan akan ditadbir Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan.

“Ini akan membantu dalam bidang penyelidik­an sains sosial yang berkaitan dengan kumpulan etnik Borneo terutama yang terdapat di Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Pengarah UPM Kampus Bintulu Profesor Dr Bujang Kim Huat berkata cadangan untuk menubuhkan Kursi Penyelidik­an Pehin Sri Adenan Satem adalah cara institusi mengakui usaha akhir Adenan dalam memelihara keharmonia­n antara pelbagai etnik di Sarawak.

“Sehingga kini, rakyat Sarawak masih ingat sumbangan dan pengorbana­n Tok Nan dengan jelas walaupun beliau tidak lagi bersama kita.

“Beliau begitu dihormati kerana dikenali sebagai pemimpin berorienta­sikan rakyat tanpa mengira bangsa dan sebagainya,” katanya.

Dalam usahanya untuk memelihara identiti etnik di Borneo, Adenan berjaya menghilang­kan istilah ‘Lain’ dalam pengisytih­aran identiti kaum di Sarawak, ujarnya.

“Melalui usahanya, etnik peribumi Sarawak boleh ditetapkan dengan menulis nama etnik mereka sendiri dalam semua bentuk urusan rasmi kerajaan,” kata Bujang.

Profesor Dr Victor King daripada Universiti Brunei Darussalam, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Profesor Dr Jayum Jawan daripada UPM telah menyampaik­an ceramah pada persidanga­n itu yang membincang­kan pelbagai topik.

Turut hadir Pengerusi ICOSSH 2019 Dr Mohamad Maulana Magiman, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak Sharkawi Amit dan Ketua Pegawai Operasi Biro Konvensyen Sarawak Amelia Roziman.

RASMI: Abdul Karim (dua kanan) bersama (dari kanan) Dr Bujang, Dr Maulana, Amelia dan Sharkawi memegang bebola cahaya sebagai simbolik pelancaran Persidanga­n Antarabang­sa Sains Sosial dan Kemanusiaa­n (ICOSSH 2019).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.