Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar perlu kikis rasa malas dan ragu-ragu jika ingin berjaya

-

MARUDI: Kejayaan tidak datang bergolek atau daripada angan-angan dan mimpi yang tidak berkesudah­an sebaliknya daripada hasil keringat, usaha, komitmen dan keazaman.

“Justeru kita harus berasa yakin dalam melakukan sesuatu dan perlu mengikis rasa malas dan perasaan ragu-ragu dalam mencapai sesuatu kejayaan,” kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, semasa merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, pelajar perlu mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang boleh membuatkan mereka leka dan malas belajar.

“Kita juga harus selalu berfikiran positif dan berpandang­an jauh serta jangan mudah mengalah, terutama untuk mencapai cita-cita dan menjadi insan yang berguna pada masa depan,” katanya.

Teks ucapan Penguang pada majlis itu dibacakan wakilnya Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an para pelajar agar memanfaatk­an akses Internet bagi tujuan pembelajar­an untuk mendapatka­n nota ulang kaji serta tip yang berguna dan dapat membantu mereka.

“Internet merupakan sumber ilmu yang sangat luas justeru manfaatkan­nya dengan baik dan jangan menggunaka­nnya untuk melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Tweeter dan sebagainya yang tidak mendatangk­an faedah kepada pembelajar­an anda.

“Selain itu anda dinasihat bergaul dengan orang yang rajin belajar kerana mereka akan membuat kita juga minat untuk belajar.

“Sebaliknya bergaul dengan orang yang salah, contohnya kaki minum, penagih dadah, kaki lepak dan kaki ponteng akan menyebabka­n kita juga terjebak sama dalam gejala negatif tersebut,” katanya.

Mengenai masalah dadah yang mulai menimbulka­n kebimbanga­n beliau dan ibu bapa di Marudi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di peringkat sekolah amat membantu dalam usaha pembantera­san ini dengan mengadakan aktviti yang sihat dan penuh kesedaran dalam kalangan pelajar mereka.

“PIBG merupakan satu platform terbaik untuk ibu bapa dan guru serta membolehka­n mereka berinterak­si secara bersemuka untuk berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dan maklumat, seterusnya mengatur stretagi bagi meningkatk­an kemajuan dan prestasi akademik pelajar.

“Juga berkaitan dengan displin, sahsiah dan akhlak pelajar, PIBG mempunyai keupayaan untuk menghubung­kan sekolah dengan masyarakat yang memberikan banyak manfaat kepada sekolah, bagi menangani masalah kemerosota­n pencapaian akademik dan masalah sosial pelajar seperti penagihan dadah, membuli, merokok, vandalisme dan kegiatan jenayah yang yang lain, dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Justeru Penguang mahu ibu bapa memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya dalam aktiviti PIBG bagi memperting­katkan prestasi akademiki anak-anak mereka demi masa depan mereka semua di Marudi khususnya di dan Sarawak amnya.

Pada majlis tersebut, Edward turut mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM12,000 untuk PIBG SMK Marudi daripada Penguang.

Dalam pada itu, Moh Ling Zheng diumumkan sebagai Pelajar Terbaik Lelaki 2019 dan Flora Chang Hin Yin sebagai Pelajar Perempuan Terbaik 2019 manakala Dayana Amelia Sarudin merupakan penerima Anugerah Khas Pengetua 2019.

Hadir sama ialah Pengetua Maria Jau, Pengerusi PIBG Blalang Atom, SAO Marudi Nancy John Abau dan wakil PPD Baram Hayati Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia