KMKK harus jaga amanah dan tunai tanggungja­wab: Dr Juanda

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MUKAH: Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK) harus menjaga amanah yang telah diberi kepada mereka oleh kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, mereka tidak boleh mengabaika­n tanggungja­wab terhadap masyarakat secara keseluruha­nnya.

“Jauhi salah guna kuasa, pastikan segala perkara teratur dan maklumat benar sebelum menurunkan tandatanga­n pada mana-mana dokumen yang diajukan masyarakat kepada mereka,” katanya pada Majlis Perjumpaan Tahunan Bersama KMKK Daerah Matu barubaru ini.

KMKK tidak boleh berasa malu untuk bertanya jika tidak mengetahui atau tidak arif tentang sesuatu perkara, sebaliknya mereka boleh merujuk kepada pihak lain seperti pegawai daerah jika ada keraguan tentang peraturan.

Ini tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan urusan pentadbira­n berkaitan rakyat dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.