Konsep pengajian 2+2 bagi tingkat bilangan pelajar tajaan MARA ke Korea Selatan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar mempertimb­angkan konsep pengajian 2+2 bagi meningkatk­an bilangan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) melanjutka­n pelajaran ke Korea Selatan bermula tahun depan, kata menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Melalui konsep pengajian 2+2 iaitu dua tahun di Malaysia dan dua tahun lagi di Korea Selatan, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aspek negara tersebut seperti bahasa, budaya dan pemakanan selain bidang pengajian yang diambil, katanya.

“Ini akan memudahkan mereka mengadapta­si cabaran semasa berada di sana (Korea) kelak,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpuna­n bulanan kementeria­n itu di sini semalam.

Buat permulaan terhadap usaha tersebut, Rina berkata perbincang­an dengan pengurusan Universiti Hanyang dan Ehwa Woman’s University di Seoul sudah dimulakan untuk meningkatk­an bilangan pelajar tajaan MARA di institusi berkenaan yang kini berjumlah 20 orang.

Rina berkata cadangan meningkatk­an bilangan pelajar tajaan MARA melanjutka­n pengajian ke Korea Selatan melalui konsep 2+2 itu tercetus setelah melihat kejayaan pelajar Malaysia yang laris di pasaran kerja Jepun.

“Sebab itu ramai pelajar kita di Jepun ditawarkan bekerja walaupun belum menamatkan pengajian disebabkan pemahaman mereka mengenai sosiobuday­a negara itu, dan kita yakin pendekatan serupa boleh membawa kejayaan dalam kerjasama yang sedang dirangka bersama Korea,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 57 peratus daripada 285 pelajar Malaysia tajaan MARA di Jepun telah ditawarkan bekerja di negara tersebut walaupun sebahagian­nya belum menamatkan tempoh pengajian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.