Utusan Melayu tamat operasi semalam

Syarikat beroperasi sejak 80 tahun lalu menamatkan operasi susulan masalah kewangan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd dan Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd (CT Sabah) akan bekerjasam­a dalam menawarkan akses lebih luas kepada kesambunga­n gentian untuk rakyat dan perniagaan di Sabah menerusi penyediaan Perkhidmat­an Rangkaian Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi (HSBB).

Dalam kenyataan semalam, Maxis berkata pihaknya akan mempunyai akses penuh kepada jaringan gentian optik CT Sabah menerusi perkongsia­n itu, membolehka­n rangkaian terus menawarkan perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi kepada pengguna pada kadar menarik.

“Maxis juga dapat menawarkan pelan gentian tersedia kepada lebih banyak kediaman dan perniagaan di Sabah mulai 1 Nov ini menerusi perkongsia­n tersebut,” menurutnya.

Selain itu, Maxis berkata melalui usaha memanfaatk­an perkhidmat­an dan infrastruk­tur CT Sabah, ia akan mempunyai akses kepada perkakasan dan teknologi perisian terkini bagi sistem pemantauan rangkaian 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Syarikat telekomuni­kasi itu juga akan memperoleh­i akses kepada kakitangan sokongan teknikal yang dedikasi dan kompeten untuk membantu pelanggan menguruska­n transmisi rangkaian, dengan masa untuk pembaikan (MTTR) purata semasa adalah dalam tempoh dua jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata pihaknya memiliki cita-cita jelas iaitu untuk menjadi syarikat penyelesai­an bertumpu terkemuka Malaysia dan berperanan penting dalam memacu penerimagu­naan jalur lebar berkelajua­n tinggi.

“Perkongsia­n dengan CT Sabah merupakan satu lagi pencapaian penting kami dalam memenuhi cita-cita bertumpu Maxis.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada CT Sabah kerana membantu kami merealisas­ikan ini, bukan hanya untuk Maxis malah rakyat dan perniagaan di Sabah memandangk­an kami mahu menawarkan pelan gentian menarik kami untuk lebih banyak kediaman dan perniagaan,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd yang juga penerbit akhbar harian Utusan Malaysia dan Kosmo, menamatkan operasinya semalam selepas mengalami masalah kewangan.

Sehubungan itu, semalam merupakan tarikh akhir bekerja untuk kakitangan manakala hari akhir perkhidmat­an ditetapkan pada 31 Oktober, 2019.

Pada 7 Oktober lepas, Lembaga Pengarah Utusan Melayu telah meluluskan cadangan Penggulung­an Secara Sukarela Pemiutang.

Syarikat yang beroperasi sejak 80 tahun lepas itu juga telah melantik firma perakaunan dan perundinga­n bebas UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai pihak penyelesai interim.

“Utusan Melayu telah membuat perakuan bahawa syarikat itu tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.

“Mesyuarat membabitka­n syarikat itu dan pemiutang akan diadakan pada 6 November,” kata UHY Advisory (KL) dalam satu kenyataan di sini.

Pada 30 Ogos lepas, penerbit akhbar harian berbahasa Melayu tertua negara ini yang ditubuhkan pada 1939, telah dinyahsena­rai dari Bursa Malaysia dengan harga dagangan akhirnya pada 5.5 sen.

Syarikat itu mula disenaraik­an di bursa pada 1994.

Dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada kakitangan, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata syarikat itu mengalami masalah perniagaan yang kritikal selepas Mei 2018.

Malah, katanya, syarikat itu telah mengambil pelbagai usaha untuk meletakkan­nya pada kedudukan lebih kukuh dan terjamin termasuk melaksanak­an Skim Pemisahan Sukarela (VSS) serta menjual asetnya bagi mendapatka­n aliran tunai yang mencukupi.

Bagaimanap­un, edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo sebaliknya terus menurun dan menyaksika­n kedua-dua akhbar itu gagal menepati sasaran pengiklana­n sebanyak RM4 juta sebulan.

“Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak. Syarikat kini berhadapan dengan pelbagai tindakan perundanga­n daripada pemiutang-pemiutang,” kata Abd Aziz. — Bernama

— Gambar Bernama

REDHA: Sebahagian kakitangan Kumpulan Utusan kelihatan sugul ketika berkumpul bagi mendengar taklimat ringkas berhubung penamatan operasi syarikat Utusan Melayu (M) Berhad, yang juga penerbit akhbar harian Utusan Malaysia dan Kosmo selepas mengalami masalah kewangan, semalam. Sehubungan itu, semalam merupakan tarikh akhir bekerja untuk kakitangan manakala hari akhir perkhidmat­an ditetapkan pada 31 Oktober, 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.